TIGA kejadian kenderaan hanyut ketika meredah air bah yang berlaku di Kemaman, Terengganu sepatutnya sudah cukup untuk menjadi pengajaran kepada pemandu terutama kenderaan ringan yang menggunakan jalan raya ketika berlakunya banjir pada musim tengkujuh. Diharapkan selepas ini tiada kejadian sama berulang. : KitaReporters 


Kejadian pertama sebuah kereta Myvi yang dihanyutkan arus deras berjaya diselamatkan. 



Lagi cerita-cerita berkaitan hanyut:

https://kitareporters.com/search?search=hanyut


Pemandu sepatutnya tidak mengambil sikap tidak apa untuk menggunakan laluan yang dinaiki air kerana ia amat berbahaya dan berisiko tinggi jika meneruskan perjalanan dalam keadaan air deras. 

Sepatutnya pemandu mengikut arahan dan papan tanda yang disediakan pihak berkuasa ketika berada di lokasi yang dilanda banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kejadian yang berlaku di Kemaman dalam tempoh 48 jam membabitkan tiga kejadian berasingan iaitu dua kereta dan sebuah motosikal  masih menyebelahi pemandu terbabit kerana terselamat dalam kejadian berkenaan.


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  penunggang sebuah motosikal yang dihanyutkan air



Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik


Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, yang tidak ingin lagi melihat kejadian sama berulang tampil menasihatkan pengguna jalan raya tidak mengambil risiko dengan meredah jalan dinaiki air bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. 

Katanya, pengguna dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif sekiranya jalan utama telah ditenggelami air.

“Kalau sudah nampak jalan dihadap tidak dilalui kerana ditenggelami air, jangan sesekali cuba untuk redah juga kerana ia membahayakan nyawa,”katanya.

Beliau berkata, lebih baik menggunakan laluan alternatif yang lain demi keselamatan diri dan kenderaan.


Kejadian ketiga pasukan penyelamat menarik kereta yang terbabas di dalam air



Dalam kejadian pertama, seorang penjawat awam berusia 27 tahun nyaris maut setelah kereta Perodua Myvi dinaikinya hanyut dibawa arus deras di Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Kampung Batu 10, Pasir Gajah, Kemaman.

Kejadian berlku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Sabtu 19 Disember 2020 dan berjaya diselamatkan penduduk dan pasukan keselamatan.

Selepas itu tiga jam kemudian  motosikal skuter jenama Yamaha Ego yang dinaiki dua sahabat berusia 20 -an pula dihanyutkan arus deras sewaktu meredah banjir di Jalan Kampung Ibok, Kijal berhampiran Zoo Mini Kemaman.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kedua-dua penonggang motosikal juga berjaya diselamatkan pasukan keselamatan.


Daerah Kemaman paling teruk dilanda banjir


Kejadian ketiga pula berlaku pada pukul 6.30 pagi pada Ahad 21 Disember 2020 apabila kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza dinaiki tiga sekeluarga terbabas ke bahu jalan yang ditenggelami banjir di Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, Kemaman.

Pemandu berusia 34 tahun bersama isteri dan anaknya yang berusia enam tahun ketika itu baru pulang ke kampung untuk bercuti dan ingin membeli sarapan pagi. 

Kejadian dipercayai berlaku sewaktu kenderaan itu menuruni bukit yang melalui selekoh yang dilimpahi air menyebabkan kereta yang dipandu terbabas. 

Bagaimanapun, mangsa sempat menghubungi ahli keluarganya yang lain termasuk talian kecemasan sebelum menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin kereta untuk keluar.


Roslee Chik turut melawat Pusat Pemindahan Banjir di Daerah Kemaman


Pemandu yang berasal dari Perak itu difahamkan tidak biasa dengan laluan berkenaan.

Papan tanda amaran menunjukkan air naik yang diletakkan di laluan tersebut juga dipercayai telah dialihkan pengguna lain sebelum mangsa melalui kawasan itu. 

Kenderaan yang telah tenggelam sepenuhnya itu telah ditunda ke lokasi lain oleh pasukan penyelamat dan ketiga-tiga mangsa selamat. - KitaReporters

2
5
3
2
0

Copy Link: