Heboh! Tokek raksasa sepanjang 1.2 meter berjaya ditangkap!
Published byRUPANYA tidak ubah seperti cicak namun haiwan yang dipanggil tokek ini lebih besar dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit kerana didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Kerana itu, haiwan ini menjadi buruan ramai pembuat dan pengguna ubat-ubatan tradisional. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:
https://kitareporters.com/search?search=haiwan
Menurut Wikipedia, tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat.
Habitat asal cicak ini adalah dalam hutan hujan tropika dan ia lebih sesuai hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing.
Baru-baru ini, heboh dalam media sosial apabila seorang
lelaki berjaya menangkap seekor tokek bersaiz raksasa. Kejadian berlaku di
negara jiran Indonesia, namun tidak pasti di mana lokasinya.
Video rakaman menunjukkan keadaan dan saiz tokek
tersebut itu mula tersebar. Penemuan tokek raksasa jarang berlaku dan sebab
itulah ia mudah menjadi tular dan kegemparan masyarakat.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki
sedang mengukur tokek yang dijumpai. Mengagumkan kerana didapati saiz tokek
tersebut melebihi satu meter. Panjang dari kepala hingga ekornya adalah sepanjang
1.2 meter.
Boleh dikatakan saiz tokek tersebut menyamai saiz seekor biawak besar. Dek kerana harga pasarannya yang tinggi, pemilik berkenaan dikatakan mahu menjualnya kepada sesiapa yang berminat. Dia juga mahu menawarkan pembayaran secara tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).
Ramai yang memberi andaian bahawa pembeli yang berminat pastinya mahu menjadikan tokek tersebut sebagai haiwan peliharaan. Malah, ada juga yang meneka tokek tersebut bakal menjadi hidangan dan ubat oleh si pembeli. - KitaReporters