Shafien Mamat (kiri) turun padang melihat pergerakan kenderaan di SJR Kampung Gong Jenarah, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan


KEGHAIRAN penduduk Pasir Puteh, Kelantan melakukan aktiviti rentas negeri menggunakan jalan tikus melalui sempadan Kelantan-Terengganu untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan di Terengganu kini terhalang apabila pihak keselamatan bertindak menyekat laluan terbabit

Polis Kelantan sebelum ini mengesan rata-rata penduduk di daerah Pasir Puteh kerap menggunakan jalan tikus untuk membeli belah di pekan Kuala Besut dan Bandar Jertih menggunakan laluan tersebut.

Bagaimanapun, pergerakan penduduk terbabit kini dipantau rapi oleh pihak polis bagi menghalang orang ramai menggunakan laluan tikus dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 yang terus meningkat di negeri terbabit.


Lagi cerita-cerita berkaitan jalan tikus

Datuk Shafien Mamat


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati, terdapat beberapa lorong tikus yang menjadi tumpuan dan kegunaan penduduk di daerah itu untuk merentas negeri menuju ke bazar Ramadan di Jertih dan Kuala Besut.

Katanya, kebanyakan daripada mereka didapati memandu kereta malah ada yang menunggang motosikal untuk ke bazar Ramadan di negeri tersebut.


Jalan tikus di sempadan Kelantan-Terengganu dekat Kuala Besut disekat


“Selain berkunjung ke bazar Ramadan, individu yang ingkar arahan dengan merentas negeri juga dipercayai bertemu dengan ahli keluarga mereka di dua lokasi itu,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya,  Polis Kelantan telah menutup semua laluan yang menghubungkan negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa pada pada hari ini, Jumaat 23 April 2021. 

“Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan menggunakan laluan tikus tidak akan dimaafkan lagi selepas ini,” katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Gong Jenarah, Gaal, Pasir Puteh, pada Jumaat, 23 April 2021. - KitaReporters


Polis Besut meletak kon bagi menyekat laluan tikus di sempadan Terengganu-Kelantan digunakan orang ramai

16
3
5
2
3

Copy Link: