Berita baik! Vaksin COVID-19 dijumpai China! Nama Coronavac!
Published byApakah benar vaksin COVID-19 telah dijumpai?? Ini berita baik dan amat menggembirakan dunia!! Ramai yang mengandaikan bahawa apalah gunanya jika tempoh kawalan berkurung kembali stabil, namun wabak yang menjadi punca dunia bersedih tidak lagi menemui penawar atau vaksin, kan? : KitaReporters
Sekumpulan penyelidik teknologi perubatan China iaitu Sinovac Biotech dengan menguji vaksin Coronavac
Namun di Beijing, China menerusi sebuah syarikat penyelidikan iaitu Sinovac Biotech telah menghasilkan sejenis vaksin COVID-19 yang diberi nama 'Coronavac' bertujuan bagi mengekang penularan pandemik yang melanda dunia.
Vaksin yang dihasilkan melalui ujian klinikil yang ketat dan teliti itu diluluskan oleh kerajaan China dan menunjukkan perkembangan yang baik dan positif yang dilakukan menerusi sekumpulan monyet.
Sementara itu, ujian terhadap tubuh manusia baru sahaja diuji dan mendapati ianya positif.
Secara tidak langsung, China sudah bersedia untuk mengeluarkan 100 juta dos 'Coronavac' setahun bagi memerangi COVID-19.
Vaksin-vaksin yang sudah siap akan dibungkus di dalam kotak berwarna putih dan oren dengan tag tanda yang penuh keselamatan diberi nama Coronavac.
Seorang penyelidik menunjukkan contoh vaksin yang akan diedarkan ke seluruh dunia selepas mendapat persetujuan WHO
Menurut laporan media, walaupun vaksin ini masih tidak boleh dipasarkan dan perlu melalui proses kelulusan yang panjang, pihak syarikat dikehendaki menghasilkannya dalam skala besar dan menghantarnya mengikut jumlah tertentu supaya ia dapat dikawal oleh pihak berkuasa.
Sebelum itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran bahawa proses membangunkan vaksin mengambil masa kira-kira 12 hingga 18 bulan.
Selain itu, Sinavac juga tidak pasti bilakah dos vaksin dihasilkannya akan berada di pasaran.
"Ini adalah soalan yang setiap orang ajukan," kata Pengarah Pengurusan Jenama Sinovac, Liu Peicheng.
Lebih daripada 100 makmal di seluruh dunia cuba tampil dengan vaksin bagi melawan COVID-19, bagaimanapun cuma tujuh daripadanya termasuk Sinovac yang berada dalam senarai saringan ujian klinikal, menurut London School of Hygiene and Tropical Medicine. - KitaReporters
Antara kerat akhbar yang menjadi tarikan dunia berkaitan penemuan vaksin COVID-19