PADA zaman 2020 ini rupa-rupanya masih ada masyarakat yang masih mempercayai perkara-perkara tahyul! Apa tidaknya, haiwan yang wujud sejak zaman dinasour iaitu buaya dianggap sebagai kembar manusia atau jadi-jadian sehingga dibawa pulang ke rumah dari habitat asalnya. : KitaReporters


Buaya sepanjang dua meter berjaya dibawa ke darat. -Kredit foto: Tagar.id


Lagi kisah-kisah berkaitan buaya:

https://kitareporters.com/search?search=buaya


Menurut laporan portal Tagar.id, pada Rabu, 11 November 2020 seekor buaya sepanjang dua meter telah berjaya ditangkap oleh orang ramai di Sungai Tello, berhampiran Mtos, Jalan Urip Sumohardjo, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Penangkapan buaya tersebut dirakam oleh orang ramai dan kemudiannya dimuat naik ke dalam media sosial sehingga tular.

Dalam rakaman video tersebut, sekumpulan penduduk berkumpul di sekitar jambatan Tello untuk melihat buaya yang ditangkap oleh penduduk. Rasa ingin tahu penduduk setempat semakin memuncak, kerana buaya itu dikatakan sebagai buaya jadian atau penjaga di Sungai Tello.


Rakaman video menujukkan orang ramai mula berkerumun di sisi buaya yang berjaya ditangkap. - Kredit video: Makassar_iinfo


Ia disahkan oleh kehadiran empat orang penduduk yang melemparkan mantra atau ritual pada buaya. Malah, mereka dilihat menyentuh dan mengusap badan buaya.

Lebih memeranjatkan, buaya tersebut dibawa pulang ke rumah penduduk di Jalan Paccinang Makassar kerana dianggap sebagai kembar manusia. Malah haiwan ganas ini dilayan seperti manusia oleh penduduk setempat kerana diletakkan di atas tilam yang lengkap dengan bantal dan kain kafan sebagai selimut.

"Ya, buaya itu dibawa ke rumah seorang penduduk bernama Muliadi. Buaya itu disimpan atau ditempatkan di rumah itu," kata salah seorang penduduk kepada media.



Haiwan buas ini dilayan seperti manusia oleh penduduk setempat. - Kredit foto: Tagar.id


Lebih menghairankan, buaya tersebut dilihat begitu tenang walaupun dikelilingi oleh manusia. Bahkan buaya ini juga tidak menyerang masyarakat sekitarnya. Buaya ini nampaknya selesa hidup berdampingan dengan manusia.

Ritual terhadap buaya itu diteruskan apabila beberapa orang penduduk dilihat memberikan sejumlah persembahan untuk buaya ini. Dikhabarkan, salah seorang penduduk memberi dan menyapukan sejenis minyak ke badan buaya sehingga dapat bertahan di darat.


Di Sungai Tello inilah buaya yang dikatakan jelmaan manusia itu tinggal.


Buaya tersebut akan dilepaskan ke habitat asal iaitu di Sungai Tello setelah bertemu dengan saudara-mara manusianya yang datang dari Gowa, Jeneponto dan Makasaar. - KitaReporters

0
2
0
0
0

Copy Link: