Berita Terkini| LHDN lanjutkan tarikh borang cukai terpilih! Bagi lebih masa sediakan maklumat!
Published byLEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayaran cukai susulan lanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Inisiatif itu diambil bagi memberikan lebih masa untuk menyediakan dokumen serta maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan.
Katanya, kategori pembayar cukai yang terbabit dalam lanjutan itu termasuklah individu, perkongsian, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu (yang menjalankan perniagaan), bagi kategori yang dinyatakan itu, lanjutan tarikh ialah hingga 31 Ogos 2021 ini.
"Bagi kategori syarikat, koperasi, perkongsian, liabiliti terhad dan amanah yang tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020, ia akan dilanjutkan dua bulan lagi.
"Turut dilanjutkan ialah bagi kategori syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad dan badan amanah yang tempoh perakaunan berakhir 1 Januari hingga 31 Januari 2021 ini juga akan dilanjutkan dalam tempoh dua bulan lagi," katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Selasa, 29 Jun 2021.
Sementara itu bagi kategori petroleum yang tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember tahun lalu (2020), tempoh yang dilanjutkan adalah selama dua bulan.
"Manakala bagi kategori petroleum yang tempoh perakaunan berakhir pada 1 Januari hingga 31 Januari 2021 ini turut dilanjutkan dalam tempoh dua bulan," katanya.
LHDN memaklumkan, panduan yang lebih terperinci
berkenaan dengan pengemukaan Borang Nyata Cukai berkenaan berserta urusan
percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 boleh dirujuk dalam portal
rasminya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter