Terbaiklah! Hong Kong lancar teksi antiwabak! Khusus untuk pesakit COVID-19! Ulang alik hospital!
Published byKEHADIRAN tetamu tidak diundang, COVID-19 telah mengubah kehidupan manusia seluruh dunia, kini tiada lagi kehidupan yang bebas seperti dulu.
Semuanya menjalani dalam keadaan ketakutan dan banyak menghabiskan masa di rumah sendiri bagi mengelak penularan virus berkenaan
Begitu juga, individu yang dijangkiti COVID-19 pasti masih lemah sekiranya ada janji temu ke hospital bagi pesakit yang kategori ringan. Semua itu pasti memeningkan kerana pada saat ini tiada siapa sanggup membawa pesakit COVID-19 menaiki pengangkutan awam seperti teksi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pesakit COVID-19
Menyedari kesukaran terhadap golongan yang dijangkiti COVID-19 ini, Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong mengambil inisiatif terbaharu dengan melaksanakan perkhidmatan teksi antiwabak dengan kerjasama Biro Pengangkutan dan Perumahan (TBH) wilayah itu.
Memetik laporan South China Morning Post, perkhidmatan teksi berkenaan hanya dikhaskan untuk menghantar dan mengambil pesakit COVID-19 bergejala ringan yang perlu membuat pemeriksaan di hospital.
Wah bagus idea...
Pegawai THB kini telah mula mengedarkan bekalan peralatan perlindungan diri seperti pelitup muka, pelindung wajah dan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada pemandu terpilih.
“Pesakit perlu hadir ke klinik untuk pemeriksaan dengan teksi yang ditetapkan selama mana yang diperlukan. Pemerintah akan menyediakan pengendali dan pemandu armada yang ditetapkan dengan garis panduan antiwabak.
“Pemandu armada yang dipilih pula diwajibkan memakai peralatan perlindungan, termasuk pelindung muka (semasa tidak memandu), pelitup muka, PPE, dan melakukan ujian antigen pantas setiap hari sebelum memberikan perkhidmatan,” demikian menurut seorang jurucakap TBH.
Pesakit yang mempunyai janji temu pula yang dibuat di klinik yang ditetapkan boleh menempah perkhidmatan teksi ini melalui platform tempahan khas.
Kan senang...
Langkah ini ternyata memudahkan urusan mereka yang dijangkiti virus untuk berulang alik ke hospital.
Tahniah kepada pihak berkuasa Hong Kong.
Bukan sahaja memudahkan pesakit tetapi juga memberi peluang kepada individu lain mencari rezeki. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri. - KitaReporters