Berita Terkini| ATM mampu buka 2 lagi hospital medan! Bantu rawat peningkatan pesakit Covid-19!

Published by
KitaReporters

Ketika ini telah wujud tiga hospital medan termasuk di Kelapa Batas, Pulau Pinang. - Kredit foto: FB Angkatan Tentera Malaysia


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berkemampuan membina dua lagi hospital medan ATM bagi membantu merawat jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media diadakan secara maya pada 23 Mei 2021 selepas lawatan kerja ke kilang berteknologi tinggi Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga).

Menurutnya, seramai 30 doktor dan 100 ahli paramedik serta peralatan tambahan diperlukan demi kelancaran operasi di hospital berkenaan sekiranya projek itu mahu diteruskan.

“Pada waktu ini, kita telah punyai tiga hospital medan iaitu di Dewan Masyarakat Melayu Kapit , Sarawak; Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor; dan Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kerajaan berupaya mewujudkan dua lagi hospital medan ATM  di negara ini berdasarkan kapasiti semasa. Kalau ada tambahan pekerja dan peralatan boleh tambah (hospital medan)," katanya, yang juga Menteri Pertahanan. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: