BERIKUTAN kurangnya kesedaran dan kemahiran dalam melakukan bantuan kecemasan pernafasan dan denyutan jantung atau disebut pemulihan kardiopulmonari (CPR) dalam kalangan masyarakat dan peningkatan kes kematian mengejut di luar kawasan hospital, sekumpulan penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta produk inovasi Q-CaT Kit yang dapat membantu orang awam melakukan latihan CPR dengan berkesan dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar kematian berikutan kegagalan mangsa diberikan bantuan CPR dengan segera.

Q-CaT Kit merupakan sebuah manikin orang dewasa (bahagian dada) yang dilengkapi dengan skrin, maklum balas audio visual, aplikasi mobil dan juga laman web

Produk ini memberikan pengalaman yang baharu kepada semua individu untuk mengetahui bagaimana melakukan CPR dengan cara yang lebih praktikal, berkesan dan menarik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ciptaan dan inovasi


Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar selaku Ketua Penyelidik berkata, idea ini tercetus apabila pasukan yang terlibat menjalankan Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme atau KTP) yang melibatkan latihan kecemasan dan CPR dalam kalangan pengusaha-pengusaha Taska Negeri Sembilan. 

Program ini memberi idea betapa pentingnya alat bantu mengajar CPR khusus untuk orang awam. 

Alat bantu mengajar untuk orang awam pada masa kini adalah terhad dan kurang efektif, manakala produk sedia ada pula mahal dan lebih bertumpu untuk individu-individu yang terlatih dalam bidang kesihatan

“Justeru, pada tahun 2019 melalui Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), produk ini berjaya dihasilkan dengan keunikannya tersendiri, di mana ia didatangkan dengan inovasi ‘sensor’ untuk mengenal pasti kedudukan tangan yang tepat serta aplikasi yang dapat membantu bacaan CPR yang lengkap dan mudah”, ujarnya. 



Beliau menambah lagi, cabaran paling besar dalam proses pembangunan produk adalah untuk pengkomersialan. 

Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh para penyelidik universiti berdepan dengan kekangan sumber kewangan, infrastruktur dan lain-lain. 

"Kami percaya dengan sokongan penuh daripada pengurusan USIM, produk ini dapat dikomersialkan dengan jayanya, dan seterusnya memberikan impak kepada masyarakat dan ummah. 

"Diharapkan juga produk ini mampu meningkatkan keyakinan seseorang dalam melakukan CPR dengan baik serta mengurangkan stigma ‘takut melakukan CPR’," kata Dr. Mohd Azmani. 

Q-CaT Kit telah memenangi pingat emas pada Pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2022. 

Selain itu, kit trsebut turut merangkul anugerah Emas di Malaysia Technology Expo 2021 dan e-Carnival Research & Innovation (eCRI) 2020, dan juga mendapat pengiktirafan Anugerah Penyelidikan Terbaik  (Sains, Teknologi dan Perubatan) di USIM pada tahun 2021.

Ahli kumpulan lain terdiri daripada Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin, Prof Madya Dr Sundresan A/L Perumal, Prof Dr Hayati Abd Rahman dan Prof Dr Kamaruzzaman Seman. - KitaReporters/USIM


13
10
0
14
0

Copy Link: