Semoga dipermudah! Tim penyelamat berdepan cabaran sukar, besar! Bimbang berlaku lagi tanah runtuh!
Published byPasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia bertungkus lumus mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Father Organic Farm, jalan Batang Kali - Genting Highlands. - Foto ihsan: FB Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
Pasukan SMART membawa keluar mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Genting Highlands. - Foto ihsan FB Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
Pasukan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (PBPM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi-agensi lain kerajaan berdepan dengan cabaran berat dalam misi mencari dan menyelamatkan (SAR) mangsa-mangsa
tragedi akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father
Organic Farm, Jalan Batang Kali - Genting Highlands.
Difahamkam hampir 628 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Bomba, Pasukan SMART, Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain terbabit dalam kejadian awal pagi itu (16 Disember 2022).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR)
Lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut sembilan nyawa setakat jam 11 pagi. - Foto ihsan FB Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
Pasukan Bomba menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi mencari mangsa yang masih hilang. - Foto kredit: Astro Awani.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai (lokasi kejadian).
Tinjauan di kawasan kejadian dikatakan agak curam dan berbahaya (runtuhan sedalam 8 meter, panjang 500 meter); selain dikelilingi hutan serta menyukarkan pergerakan anggota-anggota penyelamat untuk sampai ke tempat mangsa.
Pasukan
Bomba terpaksa menggunakan khidmat bantuan
anjing pengesan (K9) dan dron ekoran timbunan tanah runtuh (anggaran 500 tan)
memenuhi kawasan tapak perkhemahan itu.
"Menurut
laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan
berhampiran Father's Organic Farm, Kampung Kuantan, Selangor dan telah
menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
"Ketinggian
runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu
ekar.
"Susulan
itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu,
BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP
Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.
"Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” jelas beliau.
Anggota mencari dan menyelamat turut menemui satu lagi mayat pada jam 5 petang. - Foto kredit: Astro Awani.
Pada sebelah petang, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata dua lagi mayat telah ditemukan iaitu mangsa ke 17 dan 18 ditemui di Sektor C (Riverside) jam 4.40 petang tadi. Mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan iaitu ibu dan anak perempuan dalam lingkungan tiga tahun.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata,
anggota mencari dan menyelamat turut menemui satu lagi mayat pada pukul 5
petang.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 19 (kematian), dengan jumlah mangsa yang masih hilang 14 orang setakat pukul 5 petang.
Pihak berkuasa dalam masa yang sama akan meneruskan operasi mereka sehingga baki mangsa yang masih hilang ditemui.
"Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai, “ kata jabatan itu dalam hantaran di media sosial. - KitaReporters
Pasukan SMART dan Bomba Malaysia giat menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali - Genting Highlands. - Foto ihsan FB Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
Sumber:
Facebook: Pasukan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM),
Pasukan dan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1039955/langsung-tanah-runtuh-di-tapak-perkhemahan-angka-kematian-meningkat