Video| Platform e-dagang eJazmine ke pasaran luar negara! Jemput usahawan sertai Virtual Mall!
Published byPelancaran Pembukaan Jualan Nusantara 11.11 eJazmine.com dan Virtual Mall (Pusat Beli Belah Maya) dirasmikan di Kuala Lumpur pada 11 November 2021 lalu.
PLATFORM pasar dalam talian tempatan dan antarabangsa, eJazmine.com mengembangkan sayap dari lokal ke global apabila berjaya memasuki pasaran Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang mendorong syarikat tempatan itu secara rasminya memperkenalkan Virtual Mall (Pusat Beli Belah Maya) bertempat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengasasnya, Datuk Seri Mohd Rizal Mohd Yusof menjelaskan, perniagaan e-dagang melalui platform tersebut yang dibangunkan sejak hampir dua tahun lalu telah berjaya membantu lebih 500 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM500,000 setahun.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bidang e-dagang
Henry Sum Agong (tengah) menyaksikan pertukaran Perjanjian Perkongsian antara Pengasas eJazmine.com, Mohd Rizal Mohd Yusof (kiri) dan Ketua Pegawai Strategi MDEC, Fadzli Abdul Wahit (kanan) pada majlis Perasmian Pelancaran Pembukaan Jualan Nusantara 11.11 eJazmine.com dan Virtual Mall pada 11 November 2021.
“Penglibatan peniaga yang menggunakan platform eJazmine amat memberangsangkan dan sehingga kini mempunyai lebih 500 usahawan berdaftar dan mempunyai 12,000 jenis Unit Penyimpanan Stok (SKU) dengan 18 kategori.
Antaranya kategori EJ Halal, EJ Computer & Mobile, EJ Sports, EJ Education, EJ Properties, EJ Wellness dan EJ Kid & Toys.
Terkini eJazmine.com menambah kategori baharu, EJ Food dan EJ Argo untuk membantu jualan lebih aktif dan menepati keperluan semasa.
“Sehubungan
dengan itu kami melancarkan pembukaan jualan Nusantara yang
bertujuan meraikan serta mendorong rakan-rakan usahawan di negara-negara lain
untuk menyertai eJazmine dan dijangkakan sehingga hujung tahun hadapan akan
mencapai seramai 2,500 ahli dan nilai jualan sebanyak RM3 juta”, ujarnya.
Rakan kongsi eJazmine, Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin, Mohamed Hazli Mohamed Hussain, Renutasan Rajan dan wakil Smart Field Service (eJazmine Bangladesh), Firoz Alam Panna serta beberapa rakan pemimpin industri lain.
Turut hadir secara maya bagi menyokong majlis tersebut , wakil Jabatan Provinsi Kepala Dinas DIKBUD, Provinsi Nusa
Tenggara Barat, Indonesia Bapak H Aidy Furqan Raison, Ketua Bahagian Ekonomi
Filipina, Pihak Berkuasa Zon Filipina, Raison D Arobinto dan Ferdous Haque dari
Smart Field Services (eJazmine Bangladesh).
Komitmen semua pihak yang berkenaan terserlah daripada ucapan-ucapan jarak jauh yang ringkas.
Mereka sepakat mengakui jaringan internet telah membantu banyak firma meningkatkan transaksi eksport namun pengangkutan barangan yang komited juga penting untuk kedua-dua perusahaan e-dagang domestik dan rentas sempadan berjalan lancar.
Justeru, rakan kurier eJazmine antaranya Speed
Cargo, DHL, GDEX, EJ Express (VSG) dan CITY-LINK Express yang turut hadir akan memastikan
perkhidmatan mereka ditahap yang memuaskan.
Di
majlis yang sama, telah diadakan Perjanjian Perkongsian dengan Malaysia
Digital Economy Corporation (MDEC) yang menandakan langkah awal
untuk kerjasama sinergi antara kedua-dua pihak dimana eJazmine akan
menyediakan platform perniagaan dalam talian kepada usahawan di negara-negara
yang terbabit.
“MDEC akan berperanan mengenal pasti beberapa buah negara lain untuk mengembangkan perniagaan usahawan tempatan mereka melalui platform yang diperkenalkan oleh eJazmine.
“Buat
masa ini MDEC telah mempunyai beberapa jaringan pusat perniagaan besar tempatan
yang bersedia untuk bergabung dengan eJazmine seterusnya mengembangkan sayap ke
negara ASEAN. Selain daripada Filipina, Indonesia dan Bangladesh terdapat juga
kerjasama strategik dengan 16 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika
Syarikat dan yang terbaru negara Turki.
“Misalnya pada hari ini wakil dari Bangladesh yang dikenali sebagai Smart Field Service (eJazmine Bangladesh) juga hadir dan bertukar perjanjian kerjasama yang mendorong platform ini memasuki segmen pasaran antarabangsa melalui e-dagang gaya B2B yang mana pembeli mempunyai akauntabiliti yang lebih tinggi berbanding gaya B2C yang didasarkan kepada pilihan peribadi.
“Bangladesh
akan menjadi negara pertama di mana mereka melihat perniagaan B2B dalam
kuantiti yang besar dan eJazmine.com Bangladesh merancang untuk memulakan
gudang mereka sendiri dan mengimport produk dari Malaysia untuk memenuhi
keperluan pasaran di seluruh Bangladesh”, katanya.
Tambahnya,
kejayaan tersebut menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan dan
pertumbuhan eJazmine yang terus berkembang walaupun negara berhadapan dengan
pandemik Covid-19.
“Selama hampir dua tahun pandemik baru-baru ini, jualan dalam talian juga amat baik. Pihak kami menyediakan khidmat nasihat secara percuma untuk pembungkusan, pelabelan dan geran permohonan sijil halal kepada usahawan supaya produk mereka boleh pergi lebih jauh.
Hasilnya berlaku peningkatan jualan pada dua bulan pertama malah dalam tempoh sehari, jualan pernah mencapai sehingga RM100,000.
“Sepanjang pandemik juga eJazmine telah memperkenalkan tiga pakej iaitu, Pakej Bakul Basah, Pakej Bakul Makanan dan Pakej EJ Murni sebagai inisiatif kepada orang ramai menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan turut menawarkan pakej sokongan yang sama kepada Indonesia.
“Setakat
ini, kami telah memberikan lebih daripada 2,500 pakej bank makanan yang
dianggarkan bernilai sekitar RM120,000,” ujarnya.
Mohd Rizal menambah, pengukuhan pada peringkat tempatan juga akan terus diperhebat dan pihaknya merangka pelan pengembangan baharu yang mana pada suku pertama tahun 2022, eJazmine akan membuka cawangan dan gudang baharu di Sabah dan Sarawak. - KitaReporters