Wanita kecewa! Tempah sofa ruang tamu! Dapat saiz kanak-kanak
Published byMEMBELI secara dalam talian kini sangat memudahkan, apa sahaja yang terlintas di hati boleh dimiliki dengan mudah yang penting sediakan wang secukupnya. Walaupun menjimatkan pelbagai kos tetapi perlu bersikap hati-hati supaya tidak tertipu kerana pembelian secara dalam talian kadangkala membawa kejutan. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan pembelian online:
https://kitareporters.com/search?search=beli+online
Sama yang berlaku kepada seorang wanita dari Florida, Pinky Jones yang teruja selepas membuat tempahan sofa menerusi platform beli belah dalam talian untuk dihiaskan di ruang tamu di rumahnya.
Memetik laporan dailystar.co, selepas 10 minggu penantian
keterujaan berkenaan bertukar apabila terkejut melihat sofa yang ditempah itu
bukanlah seperti yang dididamkan selama ini.
Rupanya sofa berbentuk L dengan lima tempat duduk yang ditempah dengan harga AS$249.99 (RM1,016) itu hanya sesuai untuk kanak-kanak.
HANYA mampu tergelak apabila sofa yang ditempah secara dalam talian tidak seperti yang disangkakan dan hanya sesuai untuk kegunaan kanak-kanak sahaja. - Kredit Foto Mercury Press.
“Ketika sofa ini sampai saya tergelak besar, kerana
sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Saya tidak pernah sangka akan beli sofa untuk anak
kecil.
“Saya bayangkan ukuran sofanya besar dan sesuai di
ruang tamu di rumah saya,”ujarnya.
Kongsi Pinky, sewaktu membuat pesanan, dia melihat set sofa itu sangat sesuai untuk kegunaan ruang tamu.
Malah penjual langsung tidak menerangkan sofa berkenaan hanya sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.
SOFA yang ditempah oleh Pinky menerusi platform beli belah atas talian. - kredit foto: Facebook Pinky Jones.
Keadaan itu meyakinkan dia yang merupakan pengurus ejen hartanah membuat tempahan dan membayar secara dalam talian.
Namun sangat menyedihkan hasrat untuk memiliki sofa di kediaman barunya yang sempurna tidak kesampaian. Lebih mengecewakan lagi, pembeli sofa itu adalah kali pertama di buat selepas memiliki kediaman sendiri.
“Saya sangkakan tempahan sofa ini membuatkan saya
gembira lagipun ini pembelian pertama untuk kediaman baru, pada zaman kecil
dahulu saya tiada rumah,” ujarnya yang berhasrat untuk menghias sendiri kediaman miliknya.
Walaupun kelihatan lucu namun pasti meninggalkan kesan
trauma kepada Pinky.
Sabarlah Pinky ada rezeki nanti kunjungilah ke kedai
perabot dan pilih secara nyata yang pasti memberi kepuasan tersendiri. : KitaReporters