Bangunkan formula haruman masa PKP! De'Xandra perkenal 15 minyak wangi baharu! Travel Spray!
Published byde
Dua daripada 15 haruman baharu Travel Spray yang dilancarkan pada 15 Mac 2022.
Hampir dua tahun menjalani kehidupan dalam pandemik Covid-19, ramai yang terjejas sumber pendapatan dan antaranya pengedar produk yang bergantung dengan hasil melalui premis jualan terbuka.
Ada yang terpaksa menutup
kedai atau kiosk atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sulit
memasarkan produk yang berasaskan kecantikan dan penjagaan diri kerana tumpuan
perbelanjaan mestilah kepada bekalan makanan dan sumber asas yang lain.
Syarikat pengeluar minyak wangi De'Xandra mengakui hakikat tersebut dan melalui fasa getir itu bersama-sama namun pihaknya tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk bertindak mengatasi masalah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minyak wangi
Ketua Pegawai Eksekutif De'Xandra, Safwan Ismail.
Ketua Pegawai Ekesekutifnya, Safwan Ismail berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mengubah strategi pemasaran.
“Semasa pandemik dan waktu
sukar itu pelbagai usaha dilakukan untuk menyokong mereka antaranya melancarkan program moratorium. Pengedar yang terjejas diberikan bantuan
bekalan tanpa bayaran, boleh terus berniaga dan bayaran dibuat selepas produk
terjual.
“Sejak awal-awal lagi Dexandra memang melatih
pengedar berjualan melalui dalam talian (online) jadi apabila berlaku pandemik,
kami mengajak pengedar bangkit, keluar daripada situasi yang sukar tanpa
teragak-agak.
“Strategi yang kami lakukan
terbukti berhasil membantu kumpulan
pengedar yang kini mencecah 33,000 berdaftar termasuk Sabah Sarawak dengan 60
peratus atau 19,000 daripadanya terdiri dalam kalangan dropship,” ujarnya.
Beliau berkata demikian
selepas melancarkan 15 himpunan minyak
wangi terbaharu De'Xandra dikenali sebagai Travel Spray secara virtual menerusi akaun Facebooknya pada 15 Mac 2022 lalu.
Safwan menambah, pihaknya mengumpul idea dan membangunkan formula haruman baharu pada musim pandemik sebagai salah satu usaha menyuntik inspirasi kepada pengedar dan penggemar haruman setia mereka pada kala sukar.
“Walaupun ada antara
pengedar yang terpaksa menutup kedai dan kiosk yang disewa atas arahan PKP
mereka cepat bangkit dan kami bimbing dengan pelbagai kemahiran supaya semangat
juang mereka berterusan.
“Hasilnya amat membanggakan
kerana jualan dalam talian meningkat dan sebanyak 7.3 juta botol terjual sejak pandemik Mac 2020 sehingga kini.
Kami berasa bangga dapat membantu orang ramai yang terjejas pendapatan malah
telah menyediakan platform kepada yang
ingin menjadi pengedar sah,” ujarnya.
Menurutnya, pelbagai kelas
latihan disediakan oleh pihak ibu pejabat setiap bulan termasuk menyediakan
sistem dropship dengan bayaran serendah RM30.
“Kesetiaan dan keyakinan
pengedar sangat menyentuh hati kami dan lebih membanggakan apabila 25 pengedar berjaya mencecah jualan RM1 juta. Inilah
yang mahu kami kongsikan dengan semua masyarakat yang mahu mengubah lanskap
hidup mereka.
“Travel Spray dan lahir dengan
slogan memikat, melekat dan teringat-ingat sebagai tanda penghargaan kepada
pengedar yang setia untuk terus bersama kami dalam senang mahu pun sukar,”
katanya.
Produk baharu yang
diperkenalkan adalah haruman berasaskan nuansa alam yang mewah dengan aroma bunga-bungaan,
buah-buahan serta ilham daripada keunikan
bau kayu, desiran ombak, laut dan
pantai.
Majlis pelancaran berlangsung
meriah dikendalikan oleh pengacara Dayah Bakar dan Pengasasnya Ernayanee Nur Julaimi yang mendapat sambutan daripada 5,000 tontonan. Lebih menarik, Travel Spray mencatat rekod terbaik jualan
apabila 40,000 botol terjual dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Dexandra, Safwan Ismail (kiri) bersama-sama Pengasasnya Ernayanee Nur Julaimi (kanan) dan pengacara Dayah Bakar ketika mencabut undian nombor bertuah sempena pelancaran 15 himpunan minyak wangi - Travel Spray secara virtual menerusi akaun Facebook pada 15 Mac 2022.
“Kemunculan koleksi Travel Spray ditampilkan dalam pesona botol yang lebih kecil 15ml, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana adalah hadiah kepada pelanggan setia lama dan baharu. Saya tertarik dengan falsafah Travel Spray – slim, sleek, sassy yang diperkenalkan kerana dicipta khas membantu penampilan karektor yang diidamkan," ujarnya.
Haruman De'Xandra yang sinonim bertahan dalam tempoh yang lama ini telah diperkenalkan dan berada di pasaran sejak tujuh tahun lalu dalam
industri wangian. Kini mempunyai perancangan menjadi pemain utama dalam pasaran minyak wangi dan mendominasi
pasaran Asia.
Syarikat turut memperkenalkan penyegar udara kenderaan, losyen, body mist dan sanitasi tangan sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat-peringkat.
Dexandra yakin 15 haruman
terbaharu yang dilancarkan mampu menyuntik inspirasi kepada kaum wanita dan
lelaki yang mementingkan penampilan anggun, bergaya dan sensual.
“Wangian Dexandra kini telah menembusi pasaran antarabangsa apabila kami melantik pengedar tunggal di Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand, Hong Kong dan China. Bersandarkan kepada keyakinan tersebut, syarikat melabur sejak bulan lalu (Februari 2022) dengan promosi memasang 70 papan iklan di lokasi tumpuan sepanjang lebuh laya di seluruh negara dengan membelanjakan RM 2 juta bagi menjayakannya,” ujarnya. - KitaReporters