EKORAN penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas (2020) lagi, kita semua tahu bahawa para pelajar perlu mengikuti sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dari Rumah (PdPR).

Namun banyak sangat cabaran yang perlu dilalui para pelajar dan juga ibu bapa kerana tidak semua orang mampu membeli gajet kepada anak-anak dan masalah jaringan internet atau jalur lebar juga salah satu masalah yang perlu dilalui.

Banyak sangat gambar yang tular dalam media sosial memaparan keadaan para pelajar dan juga guru yang bertungkus lumus mahu belajar walaupun terdapat banyak rintangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jalur lebar


Beberapa keping gambar sekumpulan pelajar dari Kampung Entakong, Sarawak yang menjadikan sebahagian jalan tanah di kampung mereka sebagai kelas sementara turut tular. 

Ini kerana capaian internet yang lemah ketika PdPR ini menyebabkan kanak-kanak belajar di atas tanah di Ulu Medamit itu hanya beralaskan karung guni, menurut laporan Borneo Post.



Bukan di Sarawak sahaja malahan di Semenanjung juga terdapat beberapa keping gambar tular dalam Facebook memaparkan seorang ayah dan anak lelaki yang sedang belajar di bahagian belakang kereta kerana mencari line (talian) internet

Menurut Facebook Brainless Driver Malaysian Edition, ayah kanak-kanak lelaki ini seorang guru, manakala anaknya pula perlu belajar kelas online.

Rata-rata netizen yang melihat gambar ini mendoakan agar cikgu dan anak ini dipermudahkan segala urusan. 




Semoga para pelajar dan guru yang terpaksa melalui cabaran ini tabah dan kuat dalam menuntut ilmu. Terima kasih cikgu, jasamu akan diingat sampai bila-bila. - KitaReporters 


0
0
0
0
0

Copy Link: