"MENU kami hari ini adalah hidangan nasi bersama lauk labi-labi (penyu berkulit lembut)," demikian kata seorang pesakit yang sedang dirawat di hospital tempatan di Wuhan, China akibat penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19). Sajian eksotik itu menjadi menu utama ketika kecoh masyarakat di China diasingkan oleh warga dunia. : KitaReporters

Labi-labi disajikan kepada pesakit Covid-19 untuk percepatkan sembuhkan penyakit. - Gambar hiasan Uihere. 


Masyarakat Cina percaya haiwan liar itu mempunyai penawar mempercepatkan sembuh penyakit

Meskipun Kerajaan China sudah mengarahkan penduduk Wuhan diasingkan dalam satu pusat rawatan bagi menggelakkan wabak itu tersebar, usaha memberi makanan haiwan liar akan menjejaskan proses rawatan.

Bahkan satu dunia sudah pun dimaklumkan punca Covid-19 mungkin daripada haiwan liar yang disajikan sebagai hidangan akesotik.

Namun nampaknya kakitangan hospital di China tidak peka dengan amaran itu. 

DailyMail Online melaporkan pesakit Covid-19 di Hospital Wuhan telah dihidangkan dengan sajian labi-labi untuk makan malam yang dipercayai mengandungi banyak khasiat dalam perubatan tradisional Cina. 

Sebelum ini, portal berita itu melaporkan saintis Cina mengaitkan wabak Covid-19 dengan tenggeling, kelawar, ular, babi dan haiwan liar yang diternak secara ladang dan dijual di pasar Wuhan. 

Ada juga yang melaporkan haiwan yang dibuang oleh makmal penyelidikan di bandar raya itu turut dijual di pasar terbuka berkenaan. 

Sebahagian pesakit diasingkan. - Gambar Dailymail Online


Dalam usaha meleraikan kemelut wabak itu, muncul pula pihak yang sengaja cuba menyebarkan Covid-19 di kawasan kunjungan orang ramai

Malah rakaman CCTV menunjukkan gelagat seorang wanita muda yang gigih meludah di merata tempat untuk melempiaskan niat jahatnya itu.

Satu lagi rakaman CCTV di kawasan perumahan yang menggunakan perkhidmatan lif, tersebar luas ada yang meludah di atas butang lif dan di atas tisu sebelum mengesat di butang lif. 

Kebanyakan lif menyediakan tisu dan kayu cungkil gigi untuk menekan butang itu.

Laporan dan Statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus


Pada Ahad, 1 Mac 2020, Itali melaporkan lima kematian baharu, menjadikan 34 kematian akibat wabak itu. 

Angka itu dikatakan meningkat kepada 50 peratus yang mungkin melumpuhkan utara wilayah negara itu. Sehingga kini, Agensi Keselamatan Itali melaporkan pada DailyMail Online, pesakit dikesan adalah 1,694 orang selepas 500 lagi didapati positif.

Sementara itu, laporan terkini menyebut, seorang pesakit Covid-19 meninggal dunia di Washington, Amerika Syarikat dan seorang lagi di Ireland

Ini bermakna Amerika mencatatkan kematian pertama yang membabitkan seorang  wanita dalam usia 50-an. 

Pentadbiran Kesihatan Rumah Putih melaporkan pesakit yang dirawat di Pusat Perubatan King County itu meninggal dunia pada Sabtu, 29 Februari 2020.

Naib Presiden AS, Mike Pence turut mengetatkan sekatan kemasukan pelancong dari Korea Selatan, Iran dan Itali berikutan kes kematian terbaru dilaporkan di Eropah semalam. 

Selain itu, warga Amerika juga tidak digalakkan mengunjungi negara terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump pula menyifatkan mangsa seorang wanita yang ceria dan berisiko tinggi dari segi kesihatan. 

Terdahulu, pihak kesihatan tersalah maklumat pesakit yang mati itu dengan menyebut dia adalah seorang lelaki.

Sehingga kini Pentadbiran Washington melaporkan tiga kes baru dikesan dan jangkitan Covid-19 ketika jumlah dijangkiti juga kian meningkat dari Korea Selatan ke Iran. 

Setakat ini,  71 orang orang dikaitkan dengan Covid-19 di Amerika termasuk 44 penumpang kapal persiaran Daimond Princess, tiga yang pulang dari China dan 24 lagi kes  yang dikesan di Arizona, Ilinois, Massachusett, Oregon, Washington dan Wisconsin.

Daripada 24 itu, 13 ada kaitan dengan pelancongan, 10 lagi jangkitan dan bakinya tidak diketahui puncanya.

Just 48 hours ago, the first case in Northern Ireland was made public - as it's revealed more than 10,000 Britons have now been tested for the deadly virus. Pictured: A man wearing a facemask in Dublin Airport


Manakala Republik Ireland pula melaporkan satu kes di kesan di negara itu apabila seorang pesakit dijangkiti Covid-19.

Ketua Perubatan Ireland, Dr Tony Holohan berkata pihaknya sedang menyiasat punca pesakit itu mendapat Covid-19. Pesakit itu kini menerima rawatan rapi.

Sebelum ini, tiga kes juga di kesan positif Covid-19 di England menjadikan 23 orang terbabit dalam kes itu.

Dalam tempoh 48 jam lalu, kes pertama dikesan di Utara Ireland diumumkan secara terbuka dan setakat, ini lebih 10,000 rakyat Britain sudah diperiksa dengan wabak berbahaya itu.

Pihak berkuasa di sempadan Ireland telah berbincang untuk mengambil tindakan pencegahan daripada wabak itu.

Mengulas laporan Pusat Kawalan dan Perlindungan Kesihatan Ireland, Dr Holohan memberitahu pihaknya sudah merangka protokol kesihatan awam sejak Januari 2020.

Tonight's announcement comes as three more patients from England tested positive for coronavirus, bringing the total number of UK cases to 23. Pictured: A man wearing a face mask in Dublin Airport

Gambar penumpang memakai topeng muka di Ireland. - Gambar oleh Colin Keegan

0
0
2
0
0

Copy Link: