Video| Cuba teka! Ikan, ayam atau rumput? Agak-agak si bulus pilih mana? Tengok siapa yang kena!

Published by
KitaReporters


Bagi pemilik kucing atau si bulus, melihat haiwan peliharaan comel itu memakan rumput bukanlah satu perkara baharu atau aneh.

Memang benar, kucing adalah haiwan karnivor iaitu pemakan daging. Namun, rumput adalah sumber laksatif semula jadi yang hebat untuk kucing dan boleh membantu mencegah sembelit serta masalah gastrousus.

Malah, ia juga menenangkan kucing dan membantu mereka muntah sehingga dapat menyingkirkan bahan yang tidak tercerna termasuk gumpalan bulu yang ditelan si bulus. 

Haiwan comel ini juga penghibur kepada manusia. Selain comel, kucing juga terkenal dengan telatahnya yang manja dan adakalanya nakal. Justeru, tidak hairanlah ramai yang memelihara kucing.



Seorang pemilik kucing dari Indonesia berkongsi gelagat kucing peliharaannya yang lucu dan sedikit aneh. Memang diketahui kucing juga makan rumput tapi apabila si bulus itu lebih memilih rumput berbanding ikan atau ayam, ia agak janggal dan pelik.

Pemilik kucing ini berkongsi video di mana dia mengadakan uji rasa si bulusnya. Dia menggantung pelbagai jenis makanan seperti bakso, ayam, ikan, sosej, telur goreng, rumput dan kibbles (makanan kucing) untuk dipilih oleh kucingnya. 

“Hiburan uji hidung Piko lagi,” tulisnya ringkas.



Setelah melepaskan ia dari sangkar, kucingpun meluru ke tempat makanan-makanan tersebut digantung. Kemudian ia berjalan sambil mencium setiap makanan yang ada. 

Apa yang mengejutkan, akhirnya kucing itu memilih rumput lalu memakannya.

Video ini menarik perhatian netizen sehingga mendapat sejumlah 9.2 juta tontonan dan berbelas-belas ribu komen! Satu angka yang sangat tinggi untuk seekor kucing yang mempunyai selera luar biasa.



“Dari bulunya sahaja sudah tahu kalau ia kucing lembu, makanya pilih rumput,” seloroh salah seorang netizen.

Ada juga netizen menjelaskan sebab utama kenapa kucing tersebut memilih rumput berbanding makanan yang sinonim dengan kucing.

“Kucing itu makan rumput kerana perutnya kotor. Sebab itulah ia makan rumput untuk mengeluarkan kotoran di perutnya. Kucing aku juga begitu,” jelasnya. - KitaReporters


14
8
0
11
0

Copy Link: