Syabas! 432,000 anak penyu dilepaskan di perairan Terengganu! Semoga ada yang balik untuk bertelur!
Published byUpacara melepaskankan anak-anak penyu di pantai Terengganu
JABATAN Perikanan Malaysia telah melepaskan sebanyak 432,000 anak penyu di perairan Terengganu bagi meningkatkan pendaratan penyu di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganui, Dr Azman Ibrahim berkata, jumlah tersebut merupakan hasil penetasan yang berjaya dilepaskan daripada program pengeraman 582,000 telur penyu pada tahun 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyu-penyu
Dr Azman Ibrahim
Katanya, mengikut statistik umum, daripada 1,000 ekor yang dilepaskan ke laut, seekor akan kembali ke pantai tempat is menetas.
"Jadi,
dengan program ini kita mengharapkan sekurang-kurang 432 ekor penyu akan balik
ke tempat ia menetas iaitu di sini (Terengganu)," katanya.
Beliau berkata, program berkenaan merupakan salah satu daripada usaha kerajaan negeri meningkatkan pendaratan penyu di pantai Terengganu.
Sebahagian anak penyu yang dilepaskan di perairan Terengganu
Dr. Azman memaklumkan, pada 2021 sebanyak 7,378 sarang pendaratan penyu direkodkan yang menunjukkan tidak berlaku kekurangan pendaratan penyu di pantai Terengganu.
Selain
itu katanya, apabila dikuatkuasakan enakmen Pemuliharaan Penyu 1991 pindaan 2021
yang mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu, maka jabatan (perikanan)
membeli semua telur dari pemajak untuk tujuan penetasan.
"Bagi tahun 2022, peruntukan bagi pembelian telur penyu ini dinaikkan dari RM600 ribu (2021) kepada RM900 ribu," katanya. - KitaReporters
Terengganu sentiasa melakukan pelepasan anak penyu bagi meningkatkan pendaratan pelbagai spesis penyu