Berita Terkini| Tiada varian baharu Covid-19 di Senai, Johor! Dakwaan dalam video tular palsu!

Published by
KitaReporters

 

Tangkap layar daripada video tular yang mendakwa kononnya ada individu meninggal dunia akibat varian baharu Covid-19 di Senai, Johor.


Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada varian baharu Covid-19 dikesan di negeri itu sehingga kini termasuk berkaitan satu video tular yang mendakwa seorang individu maut kerana serangan varian baharu Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata hasil siasatan dijalankan mendapati pesakit yang dirakam dalam video berkenaan tiada kaitan langsung dengan kes Covid-19 yang melanda seluruh negara.

“Tiada varian baharu Covid-19 didapati di Johor setakat ini. Individu meninggal dunia dalam video tular disebabkan faktor lain bukannya bersabit kes Covid-19,” katanya yang dipetik laporan oleh Utusan Malaysia, 25 Mei 2021.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang menguruskan seorang individu dipercayai meninggal dunia di tepi jalan sambil diperhatikan orang awam.

Penularan video berdurasi 32 saat itu turut disertai maklumat yang mendakwa kononnya kejadian berlaku di Senai, Johor Bharu dan mangsa positif Covid-19 dengan varian baharu yang berasal dari India. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1

Copy Link: