Dah minum Sweet Nira Terengganu? Air tuak dijenama semula! Dipromosikan sebagai minuman isotonik!
Published byAir tuak atau nira kelapa di Terengganu telah dijenamakan semula sebagai "Sweet Nira Terengganu"
AIR tuak atau air nira yang dihasilkan daripada mayang kelapa sememangnya tidak asing lagi kepada penduduk Negeri Terengganu dan Kelantan kerana ia adalah sejenis minuman yang popular terutama pada bulan puasa.
Minuman tersebut dikatakan berkhasiat kerana nira kelapa mengandungi mineral, vitamin dan asid amino yang tinggi. Kesemua nutrien ini adalah semula jadi dan tidak dicemari bahan kimia.
Ia juga tidak mempunyai bahan pengawet, pewarna, sodium glutamik dan sebagainya yang menjadikan air nira minuman yang berkhasiat tinggi dan selamat diminum.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mendapatkan air nira
Dr Azman Ibrahim
Melihat daripada potensi kepada air
berkenaan dalam industry minuman, Jabatan Petanian Negeri Terengganu telah
mengambil inisiatif melakukan penjenamaa semula serta mempromosikan air tuak untuk menjadikan minuman
isotonik dengan nama Sweet Nira
Terengganu bagi meluaskan pasaran produk berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu Dr. Azman Ibrahim berkata, industri air nira merupakan industri yang dapat menjana pendapatan jutaan ringgit.
Katanya, Jabatan Pertanian Terengganu melihat air nira adalah satu produk berpotensi besar yang boleh dikomersialkan.
Tambahan pula, minuman ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana khasiatnya yang tinggi dan juga semula jadi, tanpa bahan pengawet, bahan kimia dan pewarna.
Dr Azman menunjukkan mayang kelapa yang boleh menghasilkan air tuak
Beliau berkata, dengan adanya potensi ini, kerajaan negeri akan mengambil langkah-langkah yang sebaiknya melalui Jabatan Pertanian Terengganu agar industri ini mampu menjadi industri yang mampu menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi rakyat kita dan pada masa yang sama menyumbang ke arah jaminan makanan (food security).
Dr Azman berkata, Sweet Nira Terengganu akan dikomersialkan serta-merta dengan melibatkan 28 orang pengusaha berdaftar untuk menghasilkan air nira yang menghasilkan lebih 900,000 liter dengan. pendapatan tahunan dalam RM6.3 juta.
Menurut beliau, pasaran lokal telah lama ditembusi dan sijil amalan pertanian baik atau MyGAP diperlukan untuk menembusi pasar raya ternama di Malaysia.
Dr Azman menunjukkan air tuak yang dijenamakan semula dengan Sweet Nira Terengganu
"Untuk makluman, sebatang pokok kelapa tanpa pengairan boleh menghasilkan sekitar 2.3 liter sehari. Jika seorang pekebun itu mempunyai 100 batang pokok, pekebun itu akan untung sebanyak RM2,300 sehari bersamaan dengan RM69,000 sebulan,” katanya.
Selain itu, katanya, produk air nira iaitu gula merah (nissan kerek) juga akan turut dikomersialkan ke pasaran.
Gula merah turut menjadi tumpuan orang ramai kerana telah dijadikan bahan alternatif untuk gula putih biasa dan terbukti lebih berkhasiat khususnya untuk yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes). - KitaReporters
Jabatan Pertanian Terengganu turut membantu perusahaan manisan merah oleh penduduk Terengganu .