Rampasan terbesar Ramadan ini! Polis Besut rampas mercun, bunga api seludup bernilai RM80,000!

Published by
KitaReporters

Mercun dan bunga api bernilai RM80,000 dirampas oleh polis Besut dalam sebuah lori.


Polis Daerah Besut merampas pelbagai jenis mercun dan bunga dalam sebuah lori dipercayai diseludup dari negara jiran di Kampung Jebak Puyuh, dekat Jertih, Terengganu. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang pada Khamis 6 Mei 2021 itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan seorang pelajar berusia 17 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mercun

Abdul Rozak Muhammad


Katanya, pemeriksaan yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek tiada menjumpai apa-apa barang salah.

Beliau berkata, ketika pemerikaan terhadap lori terbabit polis telah menjumpai pelbagai kotak dan guni yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api.


Abdul Rozak Muhammad menunjukkan antara mercun dan bunga api yang dirampas.


Abdul Rozak berkata, antara jenis mercun yang dirampas termasuk yang paling polular jenis bola, mercun papan Cina, mercun cake, mercun cadela, mercun happy, billion live dan billion time.

Katanya, nilai anggaran rampasan mecun dan bunga api tersebut adalah RM80,000, manakala lori RM60,000.

“Kes rampasan tersebut adalah yang terbesar dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Besut pada bulan Ramadan tahun ini,” katanya pada sidang media pada Jumaat 7 Mei 2021. 


Sebuah lori yang membawa muatan mercun dan bunga api di tahan di Kampung Jebak Puyuh, dekat Jertih


Menurut Abdul Rozak, kedua-dua suspek direman selama tiga hari mulai Jumaat, 7 Mei 2021 untuk siasatan lanjut.

Katanya, kedua-dua suspek adalah dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai membawa muatan bahan tersebut untuk dipasarkan di daerah Besut sempena Aidilfitri tidak lama lagi

Beliau berkata, walaupun semua lorong tikus sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi masih ada yang berjaya melepasi daerah dengan melakukan aktiviti rentas negeri. - KitaReporters 

Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas polis dipercayai untuk dipasarkan di daerah Besut menjelang Aidilfitri

 

 

 

55
22
16
17
23

Copy Link: