Berita Terkini| Pencawang utama Meru terbakar! 8 kawasan sekitar Klang alami gangguan elektrik
Published byGambar hiasan... pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi untuk kerja membaik pulih bekalan elektrik. Kredit Foto freemalaysiatoday.
LAPAN kawasan sekitar Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Meru terbakar, pada Rabu, 21 April 2021.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline memaklumkan, antara kawasan terjejas adalah Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Taman Alam
Suria, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cherakah, Bandar Hillpark, Astana
Alam 2 dan Kuala Selangor.
Kenyataan ymedia ang dimuat naik dalam Facebook rasmi TNB itu memberitahu pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi untuk kerja membaik pulih bekalan elektrik.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya
menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran berkenaan pada jam 5
pagi.
Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian di Jalan Felda 2 Puncak Alam.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan
kabel pencawang elektrik utama, bagaimanapun kejadian tidak membabitkan mangsa,
kemalangan jiwa atau struktur bangunan,” katanya, seperti memetik laporan
Harian Metro. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
LAPAN kawasan di Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Meru terbakar .Kredit Foto my.worldorg.com