Video| Swab Covid-19: Pekerja ladang sawit lari lintang-pukang! Tak tahan sakit hidung ditusuk
Published bySEORANG lelaki yang ketakutan ketika menjalani ujian swab bagi mengesan penyakit Covid-19 lari lintang-pukang setelah merasa sakit apabila hidungnya dicucuk dengan alat calitan bagi mengesan wabak itu oleh seorang petugas perubatan.
Seorang petugas perubatan cuba menahannya tetapi si lelaki itu berlari laju ke dalam ladang sawit menyebabkan petugas perubatan tidak meneruskan pengejaran.
https://kitareporters.com/search?search=swab
Aksi lelaki itu sempat dirakam dalam video dan dimuat naik dalam Twitter akaun Penawar Anggur @ Anthraxxx pada Sabtu, 27 Februari 2021.
Menurut pemuat naik video, pemuda yang lari itu merupakan seorang pekerja di sebuah ladang sawit. Ujian swab dilakukan di sebuah ladang sawit di negara ini. Cuma tidak dinyatakan tempatnya secara tepat.
Pada mulanya pemuda itu mahu menjalani ujian swab, namun ketika alat berkenaan mulai masuk ke rongga hidungnya, pemuda ini mengaduh kesakitan dan berdiri dari tempat duduk lalu berlari lintang-pukang sambil memegang hidungnya.
Dia cuba ditahan seorang petugas kesihatan, namun dia terus berlari ke dalam ladang sawit tanpa diikut oleh petugas berkenaan.
Baru sehari dimuat naik, sehingga Ahad, 28 Februari 2021, video lucu ini telah ditonton lebih 80,000 kali dan mendapat pelbagai respons daripada warganet.
Ada warganet yang menganggap lelakiitu sebenarnya takut jika mengetahui keputusan swab itu positif. - KitaReporters