Berita Terkini| Lebih 10k tak hadir suntikan vaksin di Kedah! Tukar fikiran, belum bersedia!
Published by
Gambar hiasan... Pelbagai punca individu dikesan tidak hadir terima suntikan vaksin Covid-19 di Kedah termasuklah belum bersedia. - Kredit foto: mstar
MENUKAR fikiran pada saat-saat akhir antara salah satu punca seramai 10,827 daripada 30,100 individu dikesan tidak hadir terima suntikan vaksin Covid-19 di Kedah antara tempoh 19 April hingga 22 Mei 2021.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata kesemua mereka yang telah diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera itu sepatutnya disuntik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam dan PPV Klinik Kesihatan seluruh negeri.
“Pelbagai punca mereka tidak hadir antaranya bertukar fikiran kerana belum bersedia terima suntikan vaksin, tiada kenderaan untuk hadir ke PPV dan tidak sihat. Ada juga memohon tukar tarikh pada saat akhir.
“Kesemua dos vaksin berkenaan diberikan kepada individu lain dalam senarai simpanan sedia ada. Mereka ini memenuhi kriteria untuk suntikan vaksin fasa kedua,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 26 Mei 2021.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohd Fikri memaklumkan Kedah kini mempunyai 12 PPV awam, 22 PPV klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, 14 PPV klinik swasta dan dua PPV hospital swasta. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter