Berita Terkini| Kompaun individu gagal hadir suntikan vaksin! Kerajaan wajar pertimbang cadangan
Published byGambar hiasan… Kerajaan wajar kenakan tindakan kompaun kepada individu yang gagal hadir sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah. - Kredit foto: Kompas.com
Individu yang gagal hadir sesi janji temu vaksinasi tanpa sebarang alasan munasabah atau
logik wajar dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.
Presiden
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata kegagalan
individu untuk hadir telah menganggu kelancaran Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK) negara.
“Kerajaan boleh pertimbangkan jumlah kompaun sesuai dikenakan kerana disebabkan mereka gagal hadir ia mengakibatkan negara lewat capai sasaran imuniti kelompok. Keluarkan kompaun jika didapati secara sengaja atau gagal hadir tanpa alasan munasabah.
"Mereka ini juga turut mengancam keselamatan vaksin yang berkemungkinan rosak akibat tidak digunakan mengikut had masa ditetapkan,” katanya dipetik laporan Berita Harian, 27 Mei 2021.
Tambah
beliau, kerajaan juga wajar mewujudkan sistem penggiliran khas bagi
menggantikan individu yang gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi dan dahulukan
sesiapa sahaja yang sudah lama mendaftarkan diri untuk vaksinasi. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter