SEKILAS FAKTA: 10 JENIS HAIWAN YANG DAH PUPUS
Published by
KitaReporters
--title--
GENERASI sekarang tidak mungkin lagi dapat melihat dan mengenali kewujudan beberapa spesies haiwan dahulu sejak lebih empat dekad yang lalu. Di mana perginya haiwan-haiwan ini? Pelbagai faktor dan penyebab berlaku tamatnya riwayat mereka. : KitaReporters
Penerokaan hutan secara berleluasa atas dasar pembangunan dan kerakusan manusia mencari keuntungan komersial secara tidak langsung mengganggu habitat kehidupan haiwan tersebut.
Ditambah pula, berlakunya aktiviti-aktiviti pemburuan haram seperti mendapatkan gading, tulang, kulit dan daging.
Pencemaran alam seperti pelepasan gas karbon dioksida (C02) dan monoksida (CO) hasil daripada aktiviti perindustrian, air sungai yang beracun dari limpahan sisa kimia industri serta kebakaran terbuka hutan untuk ladang pertanian tanpa kawalan boleh mengakibatkan jerebu.
Faktor-faktor di atas secara tidak langsung menyumbang ke arah menghapuskan kehidupan haiwan liar tersebut dan akhirnya menyebabkan kepupusan.
Sepuluh jenis haiwan-haiwan liar yang telah pupus itu ialah:
- ular Round Island Boa,
- kupu-kupu Alcon Biru Belanda,
- Harimau Jawa,
- katak Golden Toad,
- harimau Zanzibar Leopard,
- kambing Pyrenean Ibex,
- burung Po’ouli,
- burung Spix’s Macaw,
- badak hitam Afrika Barat dan
- kupu-kupu Madeiran Large White.
5
2
9
1
3