Video| Gara-Gara ubah kata laluan WiFi! AJK masjid dikejar dengan parang! Lari lintang pukang!
Published byKALAU di Malaysia, biasa kita dengar tabung masjid dipecah pencuri untuk mengambil wang sumbangan orang ramai.
Tetapi lain pula yang terjadi di negara jiran, Indonesia kerana ada sesetengah pihak ‘mencuri’ sambungan Internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi) milik masjid.
Lebih melampau, akibat kejadian itu telah menyebabkan seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid diserang.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jalur lebar
Lapor portal CNN Indonesa, kejadian tersebut berlaku di Masjid Al-Muslim di Jalan Cemara, daerah Medan Timur, Kota Medan, Indonesia.
AJK yang dikenali sebagai Sumut itu dikejar oleh dua pemuda tempatan dengan menggunakan sebilah parang.
Mak oiii...
Dalam video dari kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, menunjukkan tiga orang lelaki dan salah seorangnya adalah Sumut berlari saat dikejar dua pemuda. Lebih merbahayakan seorang daripadanya memegang sebilah parang.
Pihak polis berjaya memberkas kedua-dua penjenayah ini setelah AJK masjid membuat laporan.
Kejadian tersebut berlaku kerana kedua-dua pemuda itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa AJK masjid telah menukar kata laluan WiFi masjid berkenaan.
Ketua Polis Medan Timur, Kompol Rona Tambunan mengesahkan kejadian tersebut dan menjelaskan pasukannya telah memberkas kedua-dua pemuda tersebut pada 25 Disember 2021 setelah Sumut membuat laporan polis.
“Kejadian tersebut memang berlaku sehingga tular dalam media sosial.
"Kedua-duanya sudah kami berkas, motif kejadian disebabkan kedua-dua pemuda tersebut berang kerana AJK masjid telah menukar kata laluan WiFi masjid,” jelasnya.
Kes itu kini masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengumpul bukti. Malah pasukan keselamatan negara itu turut menasihati penduduk supaya tidak mencontohi perbuatan berkenaan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang .
Macam-macam perangai manusia! WiFi masjid pun mahu digunakan sesuka hati untuk kepentingan sendiri! - KitaReporters