TERUJA mengejar karakter dalam aplikasi permainan Pokemon Go, lelaki terlupa memandu sejauh 22 kilometer dari kediamannya di Bedworth menuju ke Kenilworth. - Kredit Foto MSN.com.


KETERUJAAN seorang lelaki di Warwickshire, England mencari karakter dalam aplikasi permainan Pokemon Go sehingga sanggup memandu sejauh 22 kilometer dari kediamannya bertukar menjadi kisah yang memeritkan apabila dia didenda sebanyak AS$362 (RM1,465), baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan permainan online:

https://kitareporters.com/search?search=permainan+online


Memetik laporan portal asione.com, lelaki yang tidak dinamakan itu mengaku melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa kerana teruja mencari karakter berkenaan. 

Terdahulu lelaki berkenaan memandu kereta dari kediamannya di Bedworth menuju ke Kenilworth, sebuah perkampungan Warwickshire semata-mata untuk aktiviti permainan berkenaan.




Tindakan berkenaan yang hanya untuk keseronokan semata-mata menyebabkan polis terpaksa mengeluarkan denda kerana melanggar syarat

“Kami ingin memberi ingatan kepada semua penduduk supaya tidak meninggalkan kediaman atau berada di luar rumah kecuali mempunyai alasan yang kukuh,” ujar jurucakap polis.

Kan tak pasal-pasal kena denda! Hati pun sakit, duit pun melayang!!

Buat masa ini, England melaksanakan kawalan berkurung bagi mengekang peningkatan kadar jangkitan Covid-19 dan peraturan yang dikenakan adalah lebih ketat.



Minggu lalu, Polis Licester mengeluarkan 142 saman yang bernilai 57,800 pound (RM317,382) kepada individu yang melangar perintah berkurung menerusi rakaman video bergambar.

Jom kita memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya kes menjadi menurun dan kita boleh bebas membuat pelbagai aktiviti seperti dulu-dulu. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: