"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) sebagai platform penting antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara.

"Hatta, Kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara bersama sesi libat urus Kerajaan Negeri yang akan dilaksanakan sebelum dasar ini dimuktamadkan.
"Bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat, Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang berpengalaman merentas kepakaran untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan daripada aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat.
"Kerajaan juga mengambil perhatian serius terhadap isu-isu pencemaran air dan saya telah mengarahkan semua Jabatan/ Agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama Kerajaan Negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara.
"Saya singgung akan keperluan kita untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara dengan menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 31 Oktober 2023)

20
16
0
9
0

Copy Link: