Video| Final Piala FA 2022: Lebih 100 skrin besar disediakan di Besut! Ada cabutan bertuah sekali!

Published by
KitaReporters


KEGHAIRAN rakyat Terengganu khususnya peminat bola sepak negeri penyu itu untuk melihat aksi pasukan negeri berkenaan dalam  Perlawanan Akhir Piala FA melibatkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC semakin dirasai.

Terengganu FC layak ke perlawanan akhir Piala FA 2022 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur setelah kali terakhir membawa pulang piala itu pada 2011.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala FA Malaysia


Skuad Terengganu FC



Penyokong Terengganu yang bernasib baik bukan sahaja mendapat penajaan tiket tetapi juga pengangkutan percuma oleh pihak tertentu untuk menyaksikan sendiri perlawanan di SNBJ, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berpeluang menjejak kaki di stadium berkenaan, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengajak peminat bola sepak memberi sokongan kepada pasukan negeri yang akan bertemu dengan Harimau Selatan tersebut.


Poster UMNO Bahagian Besut menayangkan siaran di Skrin Besar untuk Piala FA


Ketika ini, pelbagai pihak sedang berusaha untuk memasang “skrin besar” di merata pelosok kampung di negeri itu untuk menarik minat dan sokongan orang ramai khasnya peminat skuad Penyu itu menyaksikan perlawanan bersejarah tersebut.

Fenomena memasang skrin besar itu turut dirasai penduduk sekitar daerah Besut apabila pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti kampung dan organisasi politik berlumba-lumba menyediakan skrin besar di lokasi pilihan masing-masing.


Komuniti RAKR Seberang Jertih


Pemantauan yang dibuat menerusi hebahan poster yang menggunakan media sosial mendapati lebih 100 buah kampung di daerah Besut terutama di kawasan yang mendapat liputan Internet menyediakan kemudahan skrin besar untuk siaran perlawanan tersebut.

Menariknya, pihak terbabit turut berlumba-lumba menyediakan cabutan bertuah dengan menyediakan pelbagai tawaran berupa barangan menarik kepada orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.


Pemuda UMNO DUN Kuala Besut


Sementara itu, Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab berkata, beliau juga memaklumkan semua pemain bebas kecederaan termasuk penjaga gol, Rahadializli Rahalim yang sudah pun menjalani latihan ringan.

"Saya telah menziarahi beliau dan insya-Allah beliau akan beraksi pada Sabtu (10 September 2022) ini bergantung kepada ketua jurulatih untuk melihat tahap kecerdasan semasa," katanya.


Poster DUN Hulu Besut


Skuad Penyu mara ke pentas final selepas menewaskan Selangor FC menerusi penentuan penalti 4-2 selepas terikat 1-1 dalam 120 minit.

Pasukan Pantai Timur itu melangkah ke Bukit Jalil dengan impian mengulangi kejayaan menjulang Piala FA pada tahun 2011 sekali gus mengesahkan tiket untuk bersaing di pertandingan peringkat Asia pada musim depan.



Sementara itu, penyokong-penyokong Terengganu Football Club (Terengganu FC) bergotong-royong mengecat dan menyiapkan 10 kain rentang kata-kata semangat untuk pasukan kesayangan mereka yang akan beraksi di perlawanan akhir Piala FA. 

Wakil peminat bola sepak Terengganu dari Kampung Wakaf Dua, Muda Mat Ali, 60, atau lebih dikenali sebagai Pok Pin Bola berkata, semua penduduk memberikan sokongan dan dukungan menyiapkan kain rentang dengan kos sekitar RM1,000. - KitaReporters


16
10
1
10
1

Copy Link: