KANDUNGAN 4K UHD UNTUK PEMILIK TV 4K
Published byPada zaman era moden ini, teknologi komunikasi dan elektronik semakin berkembang. Terkini rakyat Malaysia sudah boleh menikmati hiburan terbaik apabila penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio, Astro memperkenalkan Astro Ultra Box. : KitaReporters.com
(Dari kiri): Shahrul Imran Sultan, Timbalan Presiden Kejuruteraan Produk Astro, Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro (tengah) dan Christinne Lim, Pengarah Pemasaran Astro pada majlis pelancaran Astro Ultra Box yang berlangsung pada Selasa (13/11/2019) lalu.
Apa sebenarnya Astro Ultra Box? Menerusi kotak TV terkini Astro Ultra Box, pengguna boleh menonton kandungan dalam resolusi 4K UHD melalui saluran 780.
Bahkan pengalaman Ultra merangkumi ‘Rakaman Awan ‘ (Cloud Recording) dengan cadangan kandungan diperkukuhkan mengikut padanan tontonan termasuk fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program serentak.
Wah! Hebat kan apabila ciri-ciri berkenaan boleh didapati melalui Ultra-Box baharu dan Astro Go.
Lebih menarik bagi peminat sukan apabila melanggani Ultra Box ini mereka boleh menikmati UEFA Euro 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia.
Pada majlis pelancaran Astro Ultra Box yang berlangsung pada Rabu (13/11/2019) lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan (pix bawah) berkata:
“Kami berada di landasan betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah.
"Hari ini merupakan perjalanan baru di mana Ultra Box membawa hiburan ke tahap seterusnya yang membolehkan 4K UHD, rakaman awan, play from start dan memiliki paparan baharu yang dapat meningkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui skrin besar.”
Menurut beliau, para pelanggan boleh menaik taraf ke Ultra Box untuk menikmati pengalaman baharu tersebut yang turut dipeluaskan melalui Astro Go, disediakan secara percuma.
“Pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi dan strim program-program kegemaran mereka, “ tambah Henry Tan.
Turut hadir pada majlis pelancaran terdiri dari artis dan selebriti antaranya seperti Nabil Ahmad, Marsya Marshitah (gambar bawah), Ara Johari, Syamel dan Ernie Zakri.
Memandangkan separuh juta pengguna di rumah mempunyai TV 4K di mana 70% adalah pelanggan Astro, Henry yakin pelancaran Ultra Box hadir tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pengalaman 4K UHD.
“Di samping itu, pertubuhan komersial dalam sektor hospitaliti, runcit serta dalam makanan dan minuman turut berpeluang untuk menyediakan pengalaman 4K UHD kepada peminat-peminat sukan dan kandungan-kandungan lain yang disajikan.”
Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian Internet. Satelit pula memancarkan kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke Internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan.
Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar.
Pun begitu, untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Astro & Broadband boleh menghubungi talian 03-74908000 atau layari www.astro.com.my/ultra.
Anda juga boleh mengikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media social dengan tanda pagar #AstroUltra. – Kitareporters.com
Para artis dan personaliti bersama Henry Tan pada majlis pelancaran Astro Ultra Box.