KETIKA ramai pengguna beralih kepada pembelian secara online bagi membendung penularan COVID-19, seorang pelanggan terkejut apabila barang yang ditempahnya diterima dalam keadaan tertera tulisan 'Lain Kali Jangan Gatal Beli Online.' : KitaReporters



Pembeli itu, Siti Fatimah menerusi laman Facebooknya memberitahu, mangga Harumanis yang dibeli sampai lewat dan perkhidmatan penghantaran pula mengecewakan.

"Aku tak marah barang sampai lambat. Aku pun faham sekarang kurier memang teruk kena kerja sebab orang banyak beli online. 

"Yang aku marah kenapa perlu biadab cakap macam tu," katanya dalam posting terbarunya.

Dia telah membuat aduan dan menghubungi syarikat penghantaran untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, dia dimaklumkan bahawa tulisan berkenaan ditulis oleh pekerja penghantaran kerana tekanan kerja semasa bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siti Fatimah berkata, dia tidak berniat untuk membuat viral disebabkan masalah tersebut, tetapi berharap kejadian seperti itu diambil tindakan supaya tidak berulang pada masa depan. 

Dalam pada itu, syarikat perkhidmatan penghantaran terbabit telah pun memohon maaf terhadap insiden yang berlaku. - KitaReporters


  

3
2
0
3
3

Copy Link: