MUNGKIN toyol seperti ini yang didakwa mencuri duit penduduk kampung di Kubang Kerian, Kota Bahru sejak bulan Februari 2021 lalu.


BARANGKALI anda mungkin kurang mempercayai dalam dunia yang serba moden dengan arus pembangunan yang  semakin canggih mana ada toyol atau makhluk halus yang mencuri wang orang pada waktu malam yang tiba.

Namun apa yang berlaku, ia -benar terjadi dalam kejadian membabitkan 20 keluarga di tiga buah kampung di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan apabila wang mereka hilang secara tiba-tiba dipercayai dicuri oleh toyol sejak Februari 2021 lalu.


 Lagi kisah menarik berkaitan kecurian

POLIS menjalankan siasatan dengan penduduk kampung yang mendakwa wang mereka hilang dipercayai dicuri toyol. - kredit foto : Ihsan Penduduk


Kehilangan wang warga terbabit di Kampung Pulau, Kampung Tok Kenali dan Kampung Pulong bukan setakat beribu-ribu ringgit malah ia mencecah hingga RM10,000.

Amboi banyaknya curi!

Dipetik laporan Kosmo pada 3 November 2021 lalu berkata, dalam kejadian yang terbaharu pada 2 November 2021 lalu ia membabitkan lima penduduk di kampung berkenaan mendakwa telah kehilangan wang pada waktu malam secara serentak.

Berikutan dengan masalah itu, kira-kira 2,000 penduduk di tiga kampung terbabit kini berada dalam kebimbangan dan sentiasa berjaga-jaga pada waktu malam akibat ‘keganasan’ toyol yang dipercayai mencuri wang milik warga di situ.


POLIS sedang menjalankan siasatan di sebuah kampung di Kubang Kerian yang didakwa wang hilang di rumah mereka. - kredit foto : Ihsan Penduduk


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Suprintendan Mohd Suhaimi Ali memberitahu lima mangsa terbabit yang berumur 30-an hingga 70-an itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian pada 2 November 2021 lalu.

Menurutnya, mangsa dari tiga buah kampung terbabit membuat laporan polis selepas wang mereka tiba-tiba didapati hilang. 

‘’Polis akan menjalankan siasatan kes tersebut dengan mendapat maklumat terperinci daripada penduduk kampung berkenaan,’’ katanya. 


\

Gambar hiasan... Polis terpaksa membuat siasatan khas selepas duit yang disimpan penduduk hilang secara tiba-tiba secara serentak.


Mangsa mendakwa kehilangan wang simpanan mereka di rumah diduga dilakukan oleh toyol yang memasuki rumah kediaman mereka memyebabkan warga tidak dapat lena tidur pada waktu malam.

Sementara itu, menurut sumber dari Mykmu.net pada 5 November 2021 lalu menyatakan makhluk itu bukan sahaja mencuri wang yang berada di poket seluar atau disimpan di tempat tertentu sahaja di rumah. 

Sebaliknya  wang sebanyak RM100 yang disimpan di poket coli berzip turut dikebas oleh toyol itu. Alamak!

Seorang penduduk berusia 36 tahun berkata, wang tersebut adalah milik ibunya manakala wang sejumlah RM50 miliknya juga didapati hilang dalam kejadian berkenaan. - KitaReporters


Kredit foto : Ihsan Penduduk

 

 

 

9
13
0
13
1

Copy Link: