DUA dalam Satu…. begitulah yang disempurnakan pelakon yang kini sedang hamil 7 bulan, Nur Fazura Sharifuddin, 37, apabila memperkenalkan produk kecantikannya, Fazura Skincare, sekali gus mendedahkan bahawa lagu Inggeris nyanyiannya ‘Can’t Forget Me’ diputarkan lebih tujuh juta kali dalam seluruh platform muzik digital. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Fazura:

https://kitareporters.com/search?search=fazura


Lagu tersebut yang direkodkan bersama penerbit Willy Beaman dan juga penyanyi serta penulis lirik Cameron Forbes di Los Angeles telah mendominasi carta iTunes Malaysia beberapa jam selepas dilancarkan pada tahun lepas (2019). 

“Saya berasa sangat berbesar hati dengan sokongan daripada para peminat saya dan juga pihak Universal Music Malaysia,” kata isteri pelakon Fattah Amin yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira dua bulan lagi.

Bercakap kepada media di majlis minum petang yang berlangsung di Lightbox, Sungai Buloh pada Selasa, 25 Ogos 2020 lalu, Fazura atau lebih mesra disapa Faz memberitahu sambutan hangat terhadap lagu tersebut menjadi pembakar semangat baginya kala berdepan hari-hari yang sukar.

“Saya tidak sabar untuk peminat saya mendengar lagu baru saya, sebuah balada bahasa Melayu, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, sebelum saya berehat seketika untuk memberi tumpuan kepada keluarga saya,” tambahnya. 

Turut hadir menemani Faz  pada acara minum petang adalah Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong (gambar bawah)  yang turut melahirkan rasa bangga di atas pencapaian lagu ‘Can’t Forget Me’ yang telah didengar lebih 7 juta kali, sekali gus menganugerahkan Fazura, Anugerah Platinum.


Atas kejayaan tersebut, selain mendedahkan rancangan untuk melancarkan produk penjagaan kulit di bawah jenama Fazura Skincare, Faz juga bakal melancarkan merchandise eksklusif edisi khas bersempena dengan pelancaran lagu terbarunya, ‘Be Honest’.

Antara merchandise yang bakal dilancarkan meliputi baju-T lengan panjang ‘Be Honest’ (kelabu) berharga RM90, baju-T lengan pendek ‘Be Honest’ (hitam) berharga RM80 dan Beg tote ‘Be Honest’ (hitam) berharga RM35.

Para peminat Faz boleh melakukan pesanan awal untuk membeli barangan eksklusif berkenaan bermula dari 4 September sehingga 17 September 2020 melalui pembelian dalam talian di https://universalmusicstore.avana.asia iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 18 September 2020.

Semua pesanan awal melebihi harga RM100 sepanjang tempoh tersebut akan menerima rantai kunci edisi khas secara percuma.




Sementara itu, menyentuh soal Fazura Skincare, Pelakon Wanita Terbaik FFM27 pada tahun 2017 melalui filem 'Manisnya Cinta Di Cappadoccia'  ini memberitahu, penghasilan produk berkenaan direalisasikan atas cadangan peminat yang mahukan beliau menghasilkan produk penjagaan kulit sendiri daripada sering menjadi wajah dan duta produk orang.

Fazura Skincare menggunakan formula daripada bahan semula jadi berkualiti tinggi yang mengandungi ekstrak biji Avena Strigosa yang juga dikenali sebagai Ekstrak Black Oat. Bahan ini sangat berkesan dalam memberikan penambahbaikan dari segi hidrasi kulit untuk tempoh masa yang lama. 

"Faz sangat mengambil berat dan teliti dengan penjagaan kulit. Selepas menjalani penggambaran dengan solekan yangg tebal dan sentiasa perlu bergerak ke sana ke sini, Faz tahu betapa pentingnya untuk mempunyai produk dan rutin penjagaan kulit yang betul supaya kulit dicuci dengan baik dan bersih," ujar Fazura.

Set eksklusif Fazura Skincare dilengkapi dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. 

Bagi yang berminat membuat pembelian, boleh memperolehnya melalui stokis berdaftar di Malaysia termasuk di negara-negara Asia Tenggara termasuk Singapura dan Brunei tidak lama lagi dengan harga pengenalan iaitu RM89.90.

Untuk info lanjut, ikuti Instagram Fazura Sincare di @fazuraskincare. - KitaReporters



1
0
0
0
0

Copy Link: