Video| Macam-macam yang habis! Duit tunai, bekalan air! Kini minyak RON95! Banyak kereta tersadai!
Published byKeadaan kereta menunggu giliran untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas di Seberang Jertih, Besut, Terengganu. - Kredit gambar: Media sosial
PEMANDU kenderaan terutama perantau yang dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Besut dan Setiu ke Kuala Terengganu mengalami pengalaman pahit ketika memandu kenderaan.
Mereka bukan sahaja penat memandu selepas laluan utama ke Kuala Lumpur melalui jalan persekutuan dan pantai kerana berada dalam tempoh lama dalam kereta akibat laluan sesak tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah kehabisan bekalan petrol.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen minyak
Tular dalam media sosial kereta tersadai di stesen minyak akibat kehabisan minyak petrol RON95.
Disebabkan kenderaan bertambah pada jumlah luar biasa banyak, stesen minyak di daerah Besut dan Setiu dilaporkan kehabisan petrol jenis RON95.
Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh kereta yang kehabisan minyak tersadai di stesen minyak terutama di laluan pantai dari Besut melalui Setiu ke Kuala Terengganu.
Tular juga dalam media sosial pengguna jalan raya merungut dengan kejadian tersebut kerana berhadapan dengan pelbagai masalah ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.
“Kepada sesiapa yang ingin balik ke Kuala Lumpur, sila isi minyak dengan penuh di Jertih kerana kebanyakan stesen minyak bagi laluan pantai sudah kehabisan bekalan,” pesan seorang netizen melalui media sosial.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu dan mengesahkan berlaku kekurangan petrol di beberapa stesen minyak di negeri ini sebagaimana tular dalam media sosial pada Jumaat, 6 Mei 2022.
Saharuddin Mohd Kia
Pengarahnya,
Saharuddin Mohd Kia berkata, siasatan KPDNHEP mendapati kejadian itu berpunca
daripada penggunaan petrol yang tinggi melebihi jangkaan ekoran peningkatan jumlah
kenderaan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Setiap stesen minyak mempunyai kuantiti petrol yang boleh digunakan untuk tempoh tertentu tapi disebabkan penggunaan terlampau tinggi pada hari raya, petrol ini habis sebelum tiba tarikh bekalan baharu diisi,” katanya.
Beliau
berkata, kebanyakan stesen minyak terjejas adalah yang berada di laluan utama
dari Besut ke Kuala Terengganu kerana ia menjadi tumpuan pengguna jalan raya.
Menurut Saharuddin, kekurangan bekalan hanya melibatkan petrol jenis RON95 dan keadaan dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat-peringkat.
“Usaha
mengisi bekalan baharu petrol di stesen minyak mengambil sedikit masa berikutan
masalah kesesakan lalu lintas menyukarkan lori tangki tiba dengan lebih cepat,” katanya.
Pada Jumaat, 6 Mei 2022 tular dalam media sosial tentang berpuluh-puluh kenderaan dilaporkan tersadai di stesen minyak di Setiu berikutan kehabisan petrol. - KitaReporters