Ogy kongsi ilmu! Belajar tulis skrip untuk jana pendapatan!
Published byPELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuka idea kepada Zahanna Adamm Enterprise menganjurkan bengkel penulisan skrip drama dan filem kepada pelbagai lapisan masyarakat dan mereka yang hilang sumber pendapatan berikutan pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac 2020 lalu. : KitaReporters
Ogy (duduk depan berbaju putih) sedang berkongsi pengalaman dalam lakonan dan penulisan skrip.
Lagi cerita-cerita berkaitan filem:
https://kitareporters.com/search?search=filem
Bengkel menggunakan slogan 'dari idea ke layar kaca' itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka (JKKN) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pula menaja 16 peserta yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Melaka pada 17 dan 18 Oktober 2020 lalu.
Pihak penganjur berkeyakinan bengkel itu mampu membantu peserta menimba ilmu dan pengetahuan dalam bidang penulisan skrip untuk menjana sumber pendapatan sampingan dalam PKP sekarang ini.
Bengkel itu
tambah menarik apabila dibimbing oleh penerbit dan pengarah terkenal tanah air Siti Rohayah Attan dan seniwati
tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang berpengalaman luas dalam bidang perfileman,
drama serta teater.
Peserta memberi tumpuan kepada perbincangan penulisan skrip dalam bengkel itu.
Pengarah projek bengkel itu, Zanahariah Jaafar, berkata hampir 25 peserta bengkel mendapat pendedahan bernilai dalam menghasilkan penulisan skrip yang baik untuk dikomesial bagi tujuan dijual kepada stesen televisyen dan syarikat perfileman.
Menurutnya, bengkel itu juga secara tidak langsung mengilap semula bakat penulisan skrip dalam kalangan peserta bagi menghasilkan skrip yang berkualiti terutama menarik penerbitan filem untuk membeli hasil karya mereka.
Ogy (duduk depan berbaju putih) sedang melayani soalan yang diajukan peserta pada sesi soal jawab dalam bengkel penulisan skrip itu.
Katanya, perjalanan bengkel itu yang diisikan dengan perbincangan berkumpulan, menghasilkan skrip untuk lakonan sebabak yang kemudiannya dinilai pembimbing jemputan itu bagi memberi komen khusus terhadap kelemahan skrip yang dihasilkan.
“Pada masa
ini akan berlaku sesi soal jawab dengan Siti Rohayah dan Ogy yang kadang-kadang
kelihatan tegang apabila peserta mengemukakan pelbagai soalan bagi meningkatkan
kefahaman mereka.
“Situasi
itu tidak ubah macam dalam sebuah drama apabila masing-masing melontarkan idea
dengan disulami mimik wajah penuh minat dan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki skrip yang dihasilkan secara
berkumpulan dan semuanya berakhir dalam suasana mesra,” kata Zanahariah.
Zanahariah (duduk depan, kanan) bersama-sama Ogy dan peserta bengkel penulisan skrip selepas majlis penyampaian sijil.
Beliau berkata, perjalanan bengkel itu turut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah penjarakan sosial sepanjang berlangsung dengan satu meja hanya untuk empat peserta dan menggunakan pelitup muka serta sanitizer.
“Selepas bengkel ini selesai ramai peserta meminta diadakan untuk sesi kedua bagi membolehkan mereka menimba lebih banyak lagi pengetahuan mengenai penulisan skrip, sehubungan itu pihak kami bercadang untuk mengadakan pada pertengahan November depan,” katanya. - KitaReporters