Strategi baharu perang Covid-19! Kemboja latih 12 ekor anjing pengesan! Boleh hidu bau virus!
Published bySEEKOR anjing sedang diuji mengesan bau Covid-19 di CMAC, Kemboja. - Kredit foto: AFP
KEMBOJA kini sedang mengorak langkah baharu untuk merangka strategi baharu dalam menangani kes Covid-19 apabila negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara itu telah melatih 12 ekor anjing untuk mengesan virus yang menjadi malapetaka di dunia dengan cara menghidu bau virus itu sejak beberapa bulan lalu.
Pemerintah Kemboja berharap anjing-anjing yang dilatih dengan deria bau yang tajam itu boleh menbantu mengesan virus korona yang membahayakan nyawa manusia berbanding sebelum ini anjing-anjing terbabit dapat mengesan bahan letupan (jerangkap samar) di bawah tanah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kemboja
Kredit foto : AFP
Dalam hal ini, Kemboja dipuji atas kecekapan program vaksinasinya selepas Menteri Kesihatan di negara itu mengakui sebanyak 98 peratus golongan dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
Untuk mengatasi masalah virus yang sedang mengancam nyawa di
seluruh dunia, kini pemerintah Kemboja yang dulu dikenali sebagai Khmer
sedang menyusun pelbagai strategi untuk mengenal pasti kes-kes Covid-19 dengan
melatih membabitkan anjing-anjing Belgian Malinois untuk bertindak dalam `perang’ melawan virus tersebut.
Dipetik dari portal berita global, AFP pada 28 September 2021 lalu berkata, sejumlah 12 ekor anjing-anjing tersebut telah dilatih serta dibimbing di Pusat Bertindak Jerangkap Letupan Darat Kemboja (CMAC) untuk mengesan para pesakit yang mungkin mereka tidak menyedari bahawa diri mereka telah dijangkiti Covid-19.
ANJING sedang diuji deria bau Covid-19.- Kredit foto: AFP
Empat ekor anjing sedang dilatih untuk mengesan sampel virus
Covid-19 yang diletakkan di dalam tiub sepanjang satu meter manakala lapan ekor
lagi dilatih bagi mengesan bau Covid-19 di lokasi terbuka (tempat awan).
``Selepas lebih dua bulan, kita mendapati perkembangan yang terbaik daripada haiwan itu dan anjing-anjing tersebut mampu dapat mengesan bau virus Covid-19.
``Pada masa hadapan, kami berharap haiwan-haiwan itu boleh menyertai usaha mencegah virus Covid-19 di negara ini (Kemboja) secara lebih berkesan kerana anjing-anjing itu dapat mengesannya dengan cepat,’’ kata seorang jurulatih anjing di CMAC, Khom Sokly kepada AFP.
Anjing dari spesies tersebut yang dipelihara serta dibesarkan di negara itu setakat ini terbukti haiwan berkenaan amat berkesan daripada haiwan-haiwan lain. - KitaReportersa
SEEKOR anjing sedang diuji di lokasi terbuka (awan). - Kredit foto: AFP