Keluarkan lemak? Doktor sekolahkan pengamal cara alternatif!
Published byMENTANG-MENTANGLAH orang Malaysia menghidap banyak penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol, janganlah ambil kesempatan dengan menawarkan kaedah perubatan yang tidak masuk akal! Tetapi nak salahkan pihak yang suka mengambil kesempatan ini seratus peratus tak boleh juga. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kesihatan:
https://kitareporters.com/search?search=kesihatan
Ini kerana rakyat Malaysia sendiri mudah percaya dek kerana nak segera kembali sihat.
Sebab itu kita kena beringat sebelum kena. Sudah ada penyakit kronik, sukar untuk kembali sembuh. Kalau mahu berubat, dapatkan rawatan di hospital-hospital atau klinik yang bertauliah.
Kisah dan informasi yang dikongsikan oleh seorang doktor dikenali sebagai Dr Arisman dalam Facebooknya sangat berguna!
Dr. Dr Arisman.
Dr. Arisman berkongsi mengenai dakwaan satu pihak
yang dipercayai pengamal perubatan alternatif yang boleh mengeluarkan kolestrol
dalam darah melalui kaedah tertentu hanya melalui kaki.
Tegas Dr Arisman, dia hairan kenapa masih ramai yang
percaya dengan rawatan tersebut sedangkan mengikut ilmu perubatan yang
dipelajarinya, ia sama sekali tidak benar!
“Keluarkan plak kolesterol dari kaki? Masih ada yang percaya rawatan seperti ni? Yang menghairankan saya ialah ada doktor dan suami jururawat yang datang berubat cara ini? Serius ah???
“Saya tidak menyalahkan siapa pengasas atau pengamal
untuk rawatan seperti ini yang memberi jaminan dapat membuang kolesterol
tersumbat dalam darah, buang uric acid kristal pada sendi kaki. Ia dapat juga
turunkan tekanan darah dengan cepat. Tetapi saya rasa pesakit atau pelanggan
yang percaya dan pergi berubat di sana sebenarnya yang "bermasalah".
“Info: Tahu tak dalam badan kita ada lima jenis
pembuluh darah utama yang membentuk satu sistem peredaran darah dalam badan
manusia (lihat gambar di bawah).
“Untuk kolesterol, kita hanya tertumpu pada salur
darah arteri sahaja, iaitu salur darah yang membawa oksigen, memberi nutrisi
dan sebagainya kepada tisu organ kita. Ia tiada kena-mengena dengan salur darah
vena.
“Diameter purata arteri adalah 0.4 mm dan paling
besar iaitu salur darah aorta (yang keluar dari jantung) adalah 20-25 mm.
“Jika kita lihat pada gambar dalam beg plastik
dengan gumpalam darah tersebut, warna kuning mungkin dianggap mereka sebagai
"tompokan kolesterol" atau plak kolesterol dan berjaya dibuang dari
kaki. Serius ah? Nampak macam besar je gumpalan tu. Padahal diameter lumen atau
salur darah kita kecil je (lihat gambar plak kolesterol di bawah).
“Persoalan pertama, pengamal tersebut tarik darah
dari arteri atau vena? Jika dia tarik darah dari vena maka dia menipu 100%. Dan
yang keluar kuning-kuning tu sebenarnya mungkin plasma darah atau mungkin bahan
kimia yang diletakkan untuk bertindak balas dalam beg plastik tersebut. siapa
tahu?
“Taktik ini banyak diguna pakai sekarang. Contohnya
pelekat detoks yang lekat kat kaki, lama-lama jadi hitam tu, tipu semua tu!
“Bagaimana kita nak tahu itu darah arteri? Warna
yang keluar dari tiub (bukan warna darah pada beg plastik, bila lama ia jadi
mendap dan berubah merah gelap) tersebut mestilah warna merah terang, bukan
merah gelap.
“Kenapa? Sebab arteri membawa oksigen maka ia lebih
terang dan vena membawa karbon dioksida maka warnanya lebih gelap (bahasa umum
seperti itulah, lihat gambar di bawah).
“Persoalan kedua, jika plak kolesterol tersebut
berada pada bahagian salur darah leher, lepas itu pengamal ini cucuk kat kaki dengan
harapan plak tersebut turun ke kaki dan disedut keluar?
“Tahu tak diameter setiap pembuluh darah adalah
berbeza mengikut anggota dan bahagian badan manusia! Ingat semudah itu untuk
sedut plak keluar dari kaki? Kalau plak kat otak pula macam mana?
“Persoalan ketiga, dia tunjukkan gambar tekanan
darah sebelum dan selepas rawatan pengeluaran darah dari badan.
“Belajar sikit lagi, tekanan darah kita ditentukan
daripada dua keadaan, iaitu cardiac output (jumlah darah yang keluar dari
jantung pada satu kali pam) dan peripheral vascular resistance (rentangan pada
saluran darah bahagian hujung anggota kita seperti tangan dan kaki).
“Nah, kalau kita tarik keluar darah dari badan
> volume darah berkurang > cardiac output berkurang > salur darah collapse >
rentangan/pressure di bahagian peripheral menurun > akhirnya tekanan darah kita juga ikut menurun
(lihat gambar di bawah).
“Yang pernah mengalami sakit pengsan atau dehidrasi
teruk, datang ke kecemasan lalu periksa tekanan darah mereka sangat rendah,
lalu apa yang doktor buat? Mereka masukkan air ke dalam salur darah dengan
tujuan meningkatkan cardiac output dan peripheral vascular resistance anda.
“Jadi, anda tarik keluar darah sampai 1.5 liter dan
ke atas atau anda kehilangan 30-40% daripada jumlah darah dalam badan, sudah
pasti tekanan darah akan turun drastik. Jaga-jaga, anda mungkin akan dapat
"shock" atau mati mengejut jika dibiarkan kehilangan darah yang berterusan dalam satu masa akibat
"hypovolemic shock",” jelasnya secara terperinci.
Justeru, Dr. Arisman menyeru orang ramai agar tidak
mudah percaya dengan rawatan yang ditawarkan oleh pihak terbabit melainkan anda
percaya terhadap rawatan ilmu batin.
“Jangan percaya rawatan seperti ini mampu mengeluarkan tumpukan kolesterol atau lebihan kolesterol dari darah anda. Tahu tak kolesterol ini penting dalam pembentukan hormon dalam badan manusia. Yang tak baik tu adalah LDL (kolesterol jahat) seperti yang saya kongsi sebelum ni.
“Melainkan anda percaya ia rawatan ilmu dalaman atau
ilmu batin. Doktor mana tahu. Jika seperti itu, maka tiada apa yang saya mampu
nasihatkan lagi. Semoga pengalaman mereka menjadi iktibar dan pengajaran buat
yang lain,” katanya.
Kenyataan daripada Dr. Arsiman ini turut
dipersetujui oleh seorang pengguna Twitter bernama Muhammad Syarafi yang berkongsi kenyataan dan informasi tersebut agar orang ramai tidak mudah terpedaya
terutama golongan warga emas di kampung.
“Korang yang ada mak pak kat kampung tu minta pantau mereka baik-baik ya. Jangan biarkan kebodohan daripada orang begini menjangkiti mereka. Kalaulah semudah itu kolestrol dalam darah keluar, eloknya hospital di Malaysia ni semuanya tutup. Penunggang agama detect,” tulisnya geram.
Seperti kata Dr. Arisman, kalau anda percaya pada rawatan alternatif tersebut, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Agak sukar dalam hal ini untuk membuat pilihan kerana di Malaysia selain rawatan moden, rawatan alternatif atau tradisional juga masih menjadi pilihan. - KitaReporters