KALAU sudah namanya netizen, ada sahaja yang tak kena apabila melibatkan artis atau selebriti. Benda yang kecil pun mahu dijadikan isu. Contohnya kes yang berlaku ke atas penyanyi popular, Zarul Umbrella atau nama penuhnya Zairulkefli Husin apabila diperlekehkan oleh seorang netizen. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Zarul Umbrella:

https://kitareporters.com/search?search=zarul


Hal itu didedahkan sendiri oleh Zarul menerusi Instagramnya dengan berkongsi tangkap layar komen individu berkenaan. Bagaimanapun, Zarul tetap berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi menonton videonya.

“Macam-macamkan. Apa-apapun terima kasih sebab sudi tengok dan yang penting view video saya itu bertambah,” tulisnya.


Netizen itu memperlekehkan Zarul kerana menggunakan istilah kapal terbang ketika menerangkan cara-cara mengendalikan simulator kapal terbang yang ditunjukkan dalam YouTube miliknya.

Menurut individu berkenaan, sepatutnya sebagai seorang bekas pramugara, Zarul sepatutnya menggunakan istilah yang lebih moden seperti pesawat.


Gambar kenangan Zarul bersama rakan-rakan sekerja ketika berkhidmat sebagai pramugara.



Sedia maklum, selain bergelar penyanyi, Zarul juga pernah berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 17 tahun.

“Istilah "kapal terbang"? Very da kampung. Awak bekas pekerja (syarikat penerbangan) pakailah istilah ‘pesawat’. Sedaplah sikit dengar. Apa bendalah!” tulis netizen tersebut.


Perkongsian Zarul itu mendapat reaksi daripada netizen yang lain. Menurut mereka, tiada istilah kampung atau bandar kerana kapal terban dan pesawat adalah benda yang sama.

Kapal terbang atau pesawat adalah benda yang sama.


Sementara itu, dalam laman YouTube milik Zarul, ramai netizen yang teruja dan berterima kasih kepadanya kerana menyajikan mereka ‘content’ (isi kandungan) yang menarik dan berinformasi terutama mengenai dunia kapal terbang. 

Opps maaf! Dunia pesawat!!

“Seronok menimba pengalaman di saluran Abang Zarul ni. Tertarik dengan cara pengolahan isi seperti grafiknya dan informasi terkini. Mohon dipelbagaikan daripada kerjaya pilot udara diperluaskan kepada pilot laut, rel juga darat. 

"Ini memberikan peluang juga menarik minat kepada pelapis baru untuk menceburi bidang ini,” tulis salah seorang netizen.



Sebagai seorang yang pernah bekerja ‘di awan biru’, tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang ramai.

Mungkin itulah yang dirasai Zarul apabila berkongsi video-video berkenaan kerjaya tersebut dalam saluran YouTube miliknya. - KitaReporters


6
2
0
0
1

Copy Link: