Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!
Published byJue Abu dengan sebahagian daripada produk yang diusahakan oleh usahawan-usahawan wanita.
USAHAWAN-USAHAWAN wanita atau usahanita kini sudah mampu mengukir senyuman apabila kembali berpeluang menyewa tapak niaga yang disediakan oleh pasar raya AEON dalam usaha membantu mereka memulihkan semula perniagaan selepas wabak COVID-19 yang semakin terkawal dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga ditamatkan.
Presiden Kelab Usahawan Muslim Profesional, Juita Abu Hanipah (Jue Abu) memberitahu setakat ini, beberapa cawangan AEON bersetuju menyediakan tapak dengan harga sewa harian yang mampu dibayar oleh usahawan wanita untuk menjual produk tempatan mereka.
Terdahulu, Kelab Usahawan Muslim Profesional memperkenalkan konsep perniagaan berjemaah iaitu semua peniaga terbabit akan berkongsi membayar sewa dan meletakkan produk untuk dipasarkan kepada pengunjung pusat beli belah berkenaan.
Hasilnya, setakat ini sambutan sangat luar biasa dan banyak membangkitkan semua minat pengasas produk bergabung dalam program berkenaan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan usahawan wanita
Bumblebee menjadi sebahagian kempen meriahkan promosi produk tempatan.
Jue Abu yang ditemui ketika mengendalikan tapak niaga yang menempat beberapa usahawan berkata, langkah AEON itu banyak membantu peniaga wanita dapat bertapak semula kerana ramai yang mengeluh sebelum ini yang terpaksa menutup perniagaan berikutan terpaksa menangung kerugian besar.
Setakat ini kata Jue Abu, AEON Shah Alam, Wangsa Maju dan Equine Seri Park Kembangan yang membuka peluang konsep berkenaan dan menawarkan kemudahan perniagaan di bawah Program AEON Prihatin dalam usaha membantu merancakkan semua perniagaan usawahan yang berpotensi berjaya.
Malah, peniaga yang mengambil bahagian cuma perlu membayar RM20 seorang sehari untuk menyewa tapak berkenaan.
Sebelum ini Kelab itu sudah berjaya membuka tapak perniagaan di Dataran Tun Teja di Rawang yang memberi peluang kepada ramai peniaga namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik berkenaan.
"Setakat ini kelab sudah berjaya mengumpul usahawan wanita yang terbabit dalam sektor kecantikan, penjagaan diri dan industri makanan termasuk makanan kering dan rempah ratus segera yang jualan mendapat sambutan menggalakkan.
'Malah pengasas produk berkenaan juga dapat berkumpul di tapak ini untuk membantu orang ramai mendapatkah khidmat nasihat tentang kecantikan dan memilih produk terbaik." katanya.
Bagaimanapun Jue mengadu dia kini berdepan yang turut mengakui masalah pekerja untuk menjaga tapak niaga berkenaan.
Minta sokongan anda untuk melariskan produk tempatan.
Jue Abu berkata tapak niaga di AEON Rawang, dibuka sejak Oktober 2021 lalu dan setakat ini tumpuan diberikan kepada produk kecantikan, antara produk yang laris adalah kopi Moringa, serum kecantikan, skrap badan, inai dan mekap.
"Produk rawatan muka pula kelab promosikan produk penjagaan badan dan muka, hiasan kuku, deoderan, rawatan bibir, produk bidara, kopi dan lipstik," katanya.
Jue turut mempromosikan produk jenamanya sendiri, kismis organik dari Iran dan Gula O yang diuji sebagai bahan terbaik untuk kesihatan dan menawarkan kelebihan kepada pengguna yang mahu menggantikan penggunaan gula biasa.
Sebelum ini Jue Abu juga sudah membimbing lebih 10,000 orang usahawan wanita di seluruh negara sejak terbabit dalam bengkel pembinaan usahawan menerusi lebih 100 bengkel motivasi dan kemahiran.
Bengkel itu dalam usaha membekalkan kemahiran pengurusan syarikat, kewangan, pemasaran dan membina rangkaian perniagaan.
"Kelab akan menganjurkan perjumpaan yang dikenali sebagai pertemuan perniagaan di pusat latihan yang akan menghimpunkan pengasas pelbagai jenis produk. Di sini mereka akan membuat hubungan perniagaan.
"Malah peniaga ini juga akan menjadi pembeli kepada produk pengasas lain sebagai satu cara memperkenalkan hasil keluaran kilang masing-masing," katanya.
Jue Abu bermula sebagai setiausaha kemudian menjadi perunding pemasaran dan pengajar di sebuah syarikat penyediaan latihan sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri, Juita Noraini Abu Hanipah (JNA) pada 2006.
Syarikat itu untuk membimbing kakitangan kerajaan, pelajar dan pekerja swasta, memahirkan diri dalam kemahiran komputer.
Hasil pengalaman itu juga, usahawan berkenaan juga didedahkan kepada kemahiran mengendalikan asas pemasaran dengan menggunakan telefon bimbit.
Jatuh bangun Jue Abu dalam perniagaan termasuk ditipu oleh rakan baiknya yang menggunakan namanya untuk meminjam dengan ah long menjadikan wanita ini cekal dan lebih berhati-hati dalam membantu sahabat.
"Jatuh bangun ini ada sebabnya dan saya cepat-cepat bangkit dan kembali musabah diri. Hanya selepas saya kembali kepada hubungan rapat dan reda dengan takdir Allah SWT.
"Sehingga kini semua urusan penyediaan bengkel dan membantu usahawan wanita cara terbaik ialah berdakwah sambil membantu kawan-kawan mengembangkan perniagaan mereka," katanya yang turut diundang ke televisyen tempatan untuk mempromosikan produk tempatan itu. - KitaReporters
Semoga terus berjaya, Jue Abu gigih membantu wanita berniaga.