Veveonah tidur, duduk atas pokok! Ambil exam secara online!
Published byBAK pepatah kalau mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih… Mungkin itu perumpamaan sesuai kepada seorang mahasiswa dari Kampung Sapatalang, Pitas di Sabah yang sanggup masuk hutan dan tidur di atas pokok semata-mata mahu menjalani peperiksaan secara online (dalam talian). Kesungguhan itu dilakukan berikutan liputan jalur lebar yang ‘ciput’ di kampung, namun tidak menghalang dia terus berusaha mencari jalan keluar. : KitaReporters
VEVEONAH Mosibin membawa parang dan keperluan lain ketika memasuki hutan untuk menduduki peperiksaan atas talian.
Veveonah Mosibin yang merupakan seorang mahasiswa di university tempatan dalam jurusan Asasi Sains sanggup memanjat pokok di dalam hutan berhampiran rumahnya demi mendapat capaian Internet yang laju.
Dia kemudian berkongsi pengalaman berkenaan menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree Challenge.
Wah berani betul remaja ni… dahla bersendirian tapi demi pelajaran segala-galanya dilakukan.
Tahniah dik kerana keberanianmu!
Dalam video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat bukit di berhampiran rumahnya demi mendapatkan capaian Internet semata-mata untuk menjalani peperiksaan online.
Dia berada di atas pokok berkenaan selama 24 jam bagi
menjalani peperiksaan bagi subjek Kimia di sebelah pagi, manakala subjek Pengajian
Malaysia di sebelah petang.
Malah, dia juga turut membawa kelambu, telefon bimbit,
power bank dan juga bekalan makanan serta alat tulis ke atas pokok berkenaan.
Sebelum ini, anak kelahiran Sabah itu berkongsi dia
telah membina sebuah pondok di atas bukit sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan tersebut.
Namun dia
terkejut ketika tiba di pondok berkenaan selepas melihat penempatan sementara
yang dibina itu musnah berikutan hujan lebat sejak beberapa hari.
Tanpa berlengah dia terus mencari idea lain untuk menjalani peperiksaan dengan selamat dan selesa sebelum memanjat pokok dan menjadikan tempat itu sebagai lokasi peperiksaan.
MEMASANG kelambu di atas pokok bagi keselesaan sepanjang menduduki peperiksaan.
"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang.
“Sudah berminggu-minggu saya tidak jenguk pondok ini kerana banyak kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa, jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu dan bila saya datang rupanya sudah rosak," kongsi menerusi dalam video tersebut.
Berkongsi pengalaman sepanjang berada di atas pokok
itu, Veveonah berkata, dia bernasib baik tidak disengat seekor tebuan tanah yang bersaiz
besar yang ‘menceroboh’ ke dalam kelambunya.
“Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang
sakit," kata Veveonah sambil membuka kelambu bagi menghalau serangga itu
keluar.
KECEWA selepas melihat pondok yang dibina sebelum ini musnah akibat hujan lebat.
Katanya lagi, selesai menjalani peperiksaan, dia tidak
pulang terus ke rumah berikutan cuaca yang gelap dan membahayakan dirinya menyebabkan dia membuat keputusan berehat di atas pokok sehingga tertidur
berikutan penat ‘berperang’ dan pulang ke rumahnya keesokan harinya.
Selain cabaran tersebut, mahasiswa yang mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April 2020 lalu turut berkongsi empat lagi video mengenai
dirinya yang menjalani teknik kehidupan tradisional.
Semoga terus berjaya dalam pelajaran dan dapat mengubah kehidupanmu sekeluarga dik! - KitaReporters
Jom kita tengok perjalanan Veveonah untuk menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok di kawasan hutan berhampiran rumahnya.