YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mempengerusikan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Rabu, 16 Jun 2021 ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, perbincangan khas itu adalah berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif baginda dan akan dipengerusikan oleh  Seri Paduka Baginda.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 9 Jun 2021.

Pada 12 Januari 2021, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19. 

Terdahulu, pada 25 Oktober 2020, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan kali pertama yang berlangsung di Istana Negara.

Sementara itu memetik laporan Utusan Malaysia sebagai berkata, kenyataan itu adalah susulan Yang di-Pertuan Agong selesai mengadakan perbincangan bersama beberapa ahli politik .

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertemu pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama satu jam setengah dengan perbincangan tertumpu pada keadaan darurat dan langkah untuk memerangi wabak Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut hadir ke Istana Negara selain Presiden Amanah, Mohamad Sabu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
1

Copy Link: