RAMAI yang terkejut malah ada yang rasa bimbang dan takut apabila mendengar kerajaan akan mengisytiharkan darurat kerana ada yang membayangkan jika pelaksanaan darurat ia memberi bayangan bahawa rakyat akan berada dalam keadaan perintah berkurung dan rampasan kuasa atau di bawah pemerintahan tentera. : KitaReporters


Antara poster yang banyak tersebar dalam media sosial


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan darurat:

https://kitareporters.com/search?search=darurat


Susulan itu pelbagai andaian dibuat oleh masyarakat termasuk netizen yang meluahkan perasaan serta pandangan menerusi media sosial agar pelaksanaan darurat tidak dilaksanakan di negara ini.

Ini kerana generasi masa kini belum berhadapan dengan situasi darurat serta tidak tahu apa itu sebenarnya makna dan pengertian darurat.




Rasa bimbang dan takut masyarakat terhadap darurat banyak diluahkan menerusi media sosial sama ada dalam bentuk poster, kartun dan kata-kata untuk menarik perhatian pihak berkuasa.

Bagaimanapun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi satu perutusan khas tengah hari ini Selasa, 12 Januari 2021 menjelas, Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan satu bentuk rampasan kuasa, tetapi adalah bagi membendung gejala wabak COVID-19.



Katanya, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan. Malah kerajaan awam akan terus berfungsi.

Berikutan itu, rakyat menarik nafas  lega kerana anggapan mereka sebelum ini meleset apabila Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci pengisytiharan darurat di negara ini.



Bagaimanapun pelbagai tafsiran tetap dibuat oleh rakyat terhadap tujuan sebenar pengisytiharan darurat tersebut, yang akan dilaksanakan hingga 1 Ogos 2021 kerana ia seolah-oleh kerajaan yang ada sekarang berbuat demikian semata-mata untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri dan kuasa kerajaan yang ada.



Dalam hal sama ada yang menyokong pengisytiharan tersebut bagi meredakan ketegangan dan kecelaruan politik dalam kalangan pemimpin negara ini.

Menariknya, ramai netizen meminta Perdana Menteri melonggarkan syarat pengeluaran wang simpanan daripada KWSP kerana syarat yang ditetap sekarang didakwa banyak menyusah pencarum serta memaksa ramai turun ke pejabat-pejabat agensi kerajaan tersebut.


Seorang pemilik akaun Facebook membuat poster sendiri mengenai isu darurat.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkongsi siaran pengisytiharan Perdana Menteri tersebut menerusi Facebook miliknya tetapi sehingga ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pengisytiharan darurat tersebut. - KitaReporters


7
2
2
2
0

Copy Link: