DI KLANG, PISANG BERBUAH PADA BATANG POKOK
Published byKITA biasa dengar peribahasa "pisang takkan berbuah dua kali". Tapi selepas ini akan ada yang berkata, "pisang tak akan berbuah pada batang pokok" kerana pisang biasanya berbuah pada pelepah pisang. : KitaReporters.com
Tetapi lain ceritanya yang diterima dari Surau Ar-Rahman, Taman Cempaka Sari 2 di Klang, Selangor.
Menurut Pengerusi Surau, Abd Razak Taib, sepohon pisang yang tumbuh di surau berkenaan berbuah pada batang pokok pisang itu.
Beliau bercerita, "kami sedang menaik taraf surau untuk menjadikan surau kami lebih ceria dan ke arah surau dalam taman dengan kehijauan pokok-pokok dan air terjun mini.
"Dalam peroses kami menghijaukan persekitaran surau, kami dapati sepohon pisang di hadapan tandas wanita surau kami berbuah agak pelik kerana buahnya keluar dari batangnya.
"Kami bersyukur dan kami akur bahawa semua ini adalah kehendak Allah Azawajalla belaka. Kami jadikan semua ini sebahagian daripada keindahan taman kami."
Begitulah kejadian yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Akan ada berlaku kelainan, namun kelainan itu membuktikan betapa berkuasa dan agungnya Allah Maha Pencipta Segala-galanya, yang ada di bumi dan di seluruh alam. - KitaReporters.com
Abd Razak Taib, Pengerusi Surau Ar-Rahman, Taman Cempaka Sari 2 di Klang, Selangor.
Surau Ar-Rahman, Taman Cempaka Sari 2 di Batu 4, Jalan Kapar, Klang, Selangor.