Si tikus Magawa! Pecah monopoli anjing menang Pingat PDSA!
Published byMungkin selama ini, kita sering mendengar anugerah pingat-pingat keberanian tertinggi diberikan kepada mereka yang beruniform seperti tentera, polis, pasukan bomba dan penyelamat. Jarang pula kedengaran, haiwan-haiwan peliharaan manusia seperti anjing, kucing, burung, tikus dan lain-lain diberi anugerah tertinggi atau pingat dalam kehidupan haiwan-haiwan tersebut. : KitaReporters
Dalam konteks Malaysia, langsung tiada seekor haiwan pun yang layak dianugerahkan sebarang pingat jasa dan keberanian mereka. Tetapi di dunia Barat, khususnya masyarakat Britain (Great Britain), mereka mengambil cakna dan pertanggungjawaban terhadap jasa-jasa haiwan peliharaan mereka.
Maka, pada tahun 2001 sebuah badan amal dan kebajikan haiwan iaitu People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) telah ditubuhkan di UK. Ia juga bermatlamatkan menjaga kepentingan kesihatan dan kebajikan haiwan-haiwan peliharaan rakyat UK.
Di samping itu, haiwan-haiwan (peliharaan) yang banyak berjasa kepada komuniti setempat atau negara seperti dalam misi mencari dan menyelamat, mengesan penjenayah, penyeludupan dadah, orang yang hilang dan lain-lain akan diberikan pula anugerah dan pengiktirafan berdasarkan rekod kecemerlangan mereka.
Upacara pertama penganugerahan pingat emas keberanian tertinggi PDSA sudah bermula sejak tahun 2002 apabila beberapa ekor anjing seperti Bulla, Metpol Delta, Monty dan Endal dinobatkan sebagai pemenangnya.
Endal misalnya, telah diiktiraf rekod kecemerlangannya apabila banyak membantu rutin kehidupan seharian seorang yang kurang upaya iaitu Allen Parton yang juga merupakan tuannya.
Kemudian, anugerah pingat emas PDSA sering kali berlegar dalam kalangan keluarga anjing-anjing yang berjasa sehinggalah berlakunya satu perubahan apabila pemenangnya bukan lagi seekor anjing pada tahun 2020.
Magawa telah berjaya memecahkan monopoli keluarga anjing dengan kemenangan berprestij Pingat Emas PDSA 2020 haiwan paling berani dan berjasa.
Di Kemboja, baru-baru ini dikejutkan dengan berita seekor tikus 'gergasi' atau dikenali sebagai 'Magawa' telah dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi PDSA 2020.
Magawa kini, menjadi tikus pertama yang menerima pingat emas PDSA sejak badan amal dan kebajikan haiwan itu diperkenalkan; sebagai penghargaan dan pengiktirafan sumbangan haiwan-haiwan kepada komuniti manusia.
Magawa yang berusia lima tahun dari Afrika dianggap wira rakyat Kemboja apabila berjaya mengesan 39 buah periuk api dan 28 daripadanya adalah tidak aktif.
Secara langsung ia turut membantu pihak berkuasa (Kemboja) membersihkan kawasan 'periuk api' kesan peninggalan perang Vietnam dan Kemboja (1978 - 1989) yang berluasan 141,000 meter persegi atau hampir 35 ekar (kira-kira 14 hektar).
Hero tikus atau HeroRAT ini telah dilatih sebagai tikus pengesan daripada sebuah organisasi Belanda iaitu Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti Personel atau APOPO yang berpangkalan di Tanzania.
Pingat Emas PDSA adalah setaraf dengan Pingat Dickin George Cross Britain yang diberikan kepada haiwan tentera (anjing perang) dan juga dianggap setaraf dengan pingat penghormatan tertinggi kepada orang-orang awam Britain.
Foto tanpa tarikh menunjukkan Magawa dianggap mempunyai 'keistimewaan' dan kepakaran mengesan periuk api sama ada yang masih aktif atau sebaliknya di Siem
Reap, Kemboja. - Sumber foto: APOPO/AAP
Sebenarnya, dalam kehidupan manusia pada hari ini banyak haiwan peliharaan kita dapat membantu mempermudahkan rutin harian atau tugasan kita seperti yang dapat dilihat pada seperti seekor anjing yang sentiasa menjaga kediaman, ladang dan memburu binatang-binatang lain.
Begitu juga peranan seekor kucing boleh menjadi terapi minda dan jiwa serta peneman hidup bagi seseorang.
Walau bagaimanapun, kita perlu diingat supaya tidak menzalimi haiwan-haiwan di atas muka bumi ini. - KitaReporters
Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/PDSA_Gold_Medal
https://indianexpress.com/article/explained/magawa-pdsa-gold-medal-6610707/
http://www.myhealth.gov.my/tikus-penyakit-bawaannya-dan-kawalan/
https://youtu.be/HN5pQtTJX44