4 tahun ibu meninggal! Terkejut jumpa ibu dalam Google Maps!
Published byBERTUAH bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa kerana boleh menatap dan berbual dengan mereka. Namun, bagi yang sudah tiada ibu bapa, hanya gambar dan video sebagai kenangan. Satu kelebihan untuk orang yang hidup pada zaman kini kerana teknologi membolehkan kita mempotret dan merakam video orang tersayang. : KitaReporters
Kelihatan ibu kepada seorang gadis yang sudah meninggal dunia empat tahun lalu di dalam aplikasi Google Maps.
Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Tetapi tidak semua orang sempat atau berpeluang untuk berbuat demikian. Yelah, mati tidak kira usia dan masa. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi menghadap Ilahi.
Kisah seorang gadis yang ‘bertemu’ dengan arwah
ibunya baru-baru ini menjadi tular di Indonesia. Namun, ‘pertemuan’ itu sangat
unik kerana masakan orang yang telah meninggal dunia boleh hidup kembali.
Lapor media di sana, Ledia Elan Safitri telah kehilangan ibunya sejak empat tahun lalu. Dek kerana terlalu rindukan arwah ibunya, dia pulang ke kampung halaman pada Julai 2020 lalu.
Selain melepaskan rindu, dia juga mahu membersihkan
rumah peninggalan arwah ibunya yang terletak di Desa Ambai, Kabupaten Sitinjau
Laut, Kabupaten Kerinci, Jambi itu.
Manakala Ledia pula tinggal di Padang, Sumatera
Barat kerana menyambung pelajaran dan bapanya pula bekerja di luar negara sebagai
Tenaga Kerja Indonesia (TKI).
Menariknya, Ledia sempat melihat keadaan rumahnya
menggunakan aplikasi Google Maps dan terkejut apabila melihat arwah ibunya yang
masih hidup berada dalam aplikasi tersebut.
Kelihatan ibunya dalam keadaan sihat sedang berjalan tidak jauh dari rumahnya. Jantungnya berdegup kencang pertama kali melihat seorang wanita yang sudah berumur memakai tudung kepala dan pakaian serta skirt yang serupa dengan ibunya.
Kemudian Ledia cuba besarkan gambar dan ternyata wanita itu adalah ibunya. Paparan wajah ibunya itu cukup mengubati kerinduannya terhadap wanita yang melahirkannya.
"Saya terkejut dan tersentuh. Saya bersyukur dapat berjumpa dengan ibu saya lagi, walaupun hanya melalui aplikasi Google Maps. Ibu saya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu," kata Ledia kepada wartawan yang menemu bualnya.
Terkejut dan terharu, Ledia memuat naik video dan
gambar berkenaan menggunakan aplikasi TikTok sehingga tular. Ramai yang turut
terharu dan tersentuh dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu. - KitaReporters