Vaksin COVID-19! Sputnik V Rusia bersedia lawan Wuhan China!
Published byMENJELANG setahun dunia dilanda wabak penularan pandemik Covid-19, maka saat yang ditunggu-tunggu bakal menjadi kenyataan apabila Sputnik V dari Rusia sedia bertempur membunuh virus dari “Wuhan”, sekali gus melenyapkan kebimbangan penduduk dunia. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan vaksin:
https://kitareporters.com/search?search=vaksin
Vaksin ini diberi nama sempena satelit angkasa Rusia yang pertama Sputnik-1 pada tahun 1957.
Kini,terdapat kira-kira lebih 200 jenis vaksin sedang dibangunkan oleh pelbagai negara dan institusi-institusi dan syarikat-syarikat berkaitan kesihatan.
Vaksin Sputnik V buatan Rusia. - Kredit foto: medicalnewstoday.com
Tahukan anda bahawa Sputnik V antara calon vaksin yang berjaya disenaraikan di kedudukan sepuluh teratas?
Pada Ogos 2020, vaksin ini berjaya didaftarkan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus menerima sijil pendaftaran daripada Kementerian Kesihatan Rusia (11 Ogos 2020).
Salah seorang sukarelawan pesakit COVID-19 sedang menerima suntikan vaksin "Sputnik-V" di salah sebuah hospital di Tver, Rusia pada 12 Oktober, 2020 . - Kredit foto: REUTERS/Tatyana Makeyeva
Peringkat awal, ujian praklinikal vaksin Sputnik V melibatkan semua peringkat ujian dan eksperimen termasuk pelbagai jenis haiwan, termasuk dua haiwan jenis primat seperti monyet.
Kemudian vaksin ini diuji terhadap vektor adenoviral manusia yang dianggap paling mudah dan selamat.
Ia mempunyai gen (sel) yang bertanggungjawab untuk replikasi (virus) untuk dikeluarkan bagi mengelakkan ancaman jangkitan.
Para saintis menggunakan vektor untuk mengangkut bahan genetik daripada virus yang berbeza-beza yang telah divaksinkan dalam sel badan manusia.Adenoviruses, yang ditemui dalam adenoids (tisu hidung, kerongkong dan tekak) kerap menyebabkan jangkitan pernafasan akut, telah menjadi virus yang paling lazim digunakan untuk vektor jurutera.
Lebih daripada 350 kajian saintifik telah dilakukan dan diterbitkan dalam pelbagai sumber di seluruh dunia mengenai penciptaan vektor adenovirus.
Peringkat awal, ujian dan eksperimen vaksin Sputnik V dilakukan terhadap pelbagai jenis haiwan termasuk dua jenis haiwan primat seperti monyet. - Kredit foto: sg.news.yahoo.com
Vaksin ini mendorong tindak balas antibodi dan imun selular yang kuat.
Keberkesanan
vaksin yang tinggi telah disahkan oleh ujian ketepatan tinggi untuk antibodi
dalam serum darah sukarelawan (termasuk analisis untuk antibodi yang
meneutralkan virus), serta keupayaan sel-sel imun sukarelawan untuk
mengaktifkan sebagai tindak balas kepada protin spike S coronavirus,
yang menunjukkan pembentukan kedua-dua antibodi dan sel-sel badan.
Analisis interim kedua data ujian klinikal vaksin tersebut
menunjukkan reaksi positif iaitu sebanyak 95
peratus berkesan.
Ini berikutan selepas 28 hari pemberian suntikan dos pertama yang diperolehi daripada 39 pesakit positif kes Covid-19 menunjukkan 91.4 peratus pulih.
Kredit foto: france24.com
Pengarah Pusat
Penyelidikan Gamaleya, Alexander
Gintsburg menjangkakan kadar keberkesanannya (sembuh) akan menjadi 'lebih tinggi'
dalam tempoh tiga minggu selepas pemberian dos kedua.
Ujian klinikal vaksin fasa 1 dan 2 di Rusia telah tamat pada 1 Ogos 2020. Semua sukarelawan kelihatan sihat dan tiada kesan sampingan yang tidak diduga atau diingini berlaku.
Pada 25 Ogos 2020, ujian klinikal pascapendaftaran (vaksin) telah melibatkan lebih daripada 40,000 orang di Rusia dan Belarus. Beberapa buah negara seperti United Arab Emirates(UAE), India, Venezuela, Mesir dan Brazil turut menyertai ujian klinikal Sputnik V.
Rancangan ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran vaksin secara besar-besaran di Rusia dan peringkat global.
Bahan unik terdapat dalam Sputnik V kini mempunyai perlindungan paten diperolehi melalui
Institut Penyelidikan Kebangsaan Gamaleya Epidemiologi dan Mikrobiologi, Rusia.
Sputnik V dijual dengan harga kurang AS$10 dolar (RM41)
setiap satu dos bagi pasaran antarabangsa.
Namun,kerajaan Malaysia sentiasa mengambil sikap berhati-hati dari sudut kualiti kandungan bahan termasuk halal, keberkesanan, keselamatan dan risiko kesihatan. - KitaReporters
Sumber:
About Vaccine | Official website vaccine against COVID-19
Sputnik V. (sputnikvaccine.com)