Dr Azman Ibrahim melabuhkan tukun konkrik di perairan Pulau Redang


UNJAM daun kelapa tetap berperanan untuk pembiakan dan pengumpulan ikan sebagaimana tukun kerana kedua-duanya tetap berfungsi dan mampu menarik pelbagai sepsis ikan untuk menjadi sumber tangkapan hasil laut nelayan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, penggunaan daun kelapa juga mampu untuk menarik ikan spesis pelagik atau ikan di pertengahan air contohnya selar, selayang, kembung, tenggiri, aya dan cencaru.

Katanya, manakala tukun pula untuk spesis ikan dasar seperti merah, kerapu, mandi abu, kunyit, tombok, deloh, sotong, kerisi dan lain-lain. 

“Bukan kita bezakan rakyat antara dua darjat. Tukun dan unjam kedua-duanya adalah rumah ikan,” katanya ketika melabuhkan unjam di perairan Pulau Redang, Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bidang perikanan

Dr Azman Ibrahim 


Pada program itu, sebanyak 40 unjam dilabuhkan bersama Komuniti Perikanan Pulau Redang pada kedalaman 30 meter.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pada tahun 2022 pihak Jabatan Perikanan Terengganu  telah melabuhkan 200 unjam bersama komuniti perikanan di Pulau Redang, Rhu 10, Beting Lintang, Seberang Takir dan Kuala Ibai. Manakala sepanjang tahun 2021 sebanayak  320 unjam berjaya dilabuhkan di perairan tersebut.  

Menurutnya, pada tahun 2022 dari Januari hingga April, data menunjukkan hasil nelayan pantai Zon A Terengganu meningkat sekitar 10 peratus menunjukkan ada kesan positif dari program labuh tukun dan unjam yang kerajaan negeri telah buat untuk memperkayakan sumber perikanan Negeri Terengganu.

Beliau berkata, hasil tangkapan sotong juga sangat memberangsangkan. Sotong sukakan kawasan habitat tukun konkrit yang baru dilabuhkan. 

Pada tahun 2021, kerajaan negeri telah labuhkan 58 unit tukun konkrit di beberapa lokasi Perairan Terengganu. - KitaReporters


Dr Azman Ibrahim melabuhkan daun kelapa untuk dijadikan unjam sebagai tempat ikan berkumpul.

16
10
0
5
0

Copy Link: