Berita Terkini| Gambar Sajat di semua pos sempadan PGA sejak Mac 2021! Elak bolos ke Thailand!
Published byACP Mohd Noh Khamis menjelaskan gamabar usahawan kontroversi itu mula diedar sejak bulan lepas lagi. - Kredit foto: Bernama.
GAMBAR usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau mengaku dirinya sebagai Nur Sajat telah diedarkan di sepanjang pos kawalan keselamatan oleh Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran, Thailand.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis berkata, gambar usahawan kosmetik itu mula diedarkan sejak bulan Mac 2021 lalu, namun sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklumat.
“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Buit Kayu Hitam, kedah pada Khamis 1 April 2021.
Mohd. Noh yang dipetik Sinar Harian berkata, negara paling dekat untuk Sajat keluar ialah Thailand, dan pihaknya akan teruskan pemerhatian.
"Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa dan kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan," ujarnya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed membuat andaian Sajat telah berada di luar negara selepas menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada 23 Februari 2021 lepas. - KitaReporters