Makan ubat gigi untuk tambah tenaga! Remaja 18 tahun hilang 10 hari di pergunungan paling bahaya!

Published by
KitaReporters

Sun Ling, remaja yang selamat ditemui selepas hilang selama 10 hari di pergunungan Qinling - Foto: Agensi

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Shaanxi, China, nyaris maut ketika mendaki seorang diri di salah satu laluan paling berbahaya di kawasan pergunungan di barat laut China, baru-baru ini.

Remaja yang dikenali sebagai Sun Liang dan berasal dari Hubei itu, memulakan pendakiannya pada 8 Februari 2025, di Pergunungan Qinling di wilayah Shaanxi yang terkenal dengan kepelbagaian flora fauna dengan purata ketinggian kira-kira 2,500 meter.

Namun begitu laluan Ao-Tai yang digunakannya itu telah ditutup kepada pendaki sejak 2018 oleh pihak berkuasa di Wilayah Shaanxi dan Taibai.

Memetik laporan Kompas.com remaja berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang pada 17 Februari 2025.

Laporan tersebut turut menyatakan, ketika Sun berdepan situasi getir tanpa bekalan makanan, dia terpaksa bertahan dengan meminum air sungai dan salji cair dan lebih memeranjatkan Sun menggunakan ubat gigi sebagai makanan hariannya untuk sumber tenaganya.

Sun Liang berkata dia terpaksa menahan kelaparan kerana tidak mahu mengambil risiko memakan cendawan liar dan lumut di atas gunung. 

Dia mengatasi cuaca dingin dan angin kencang dengan berlindung di balik batu besar, serta menggunakan dedaunan kering sebagai alas tidur. Meskipun dalam kondisi lemah, semangatnya untuk bertahan tidak pudar. 

Pelbagai sumber melaporkan laluan direntasinya itu sangat berbahaya. Bermula dari 2012 hingga 2017, sekurang-kurangnya 46 orang maut atau hilang selepas memulakan lintasan Ao-Tai itu.


Permandangan di antara laluan A0-Tai, pergunungan Qinling di wilayah Shaanxi, China

Sementara itu, KitaReporters turut memetik The Straits Times pada 2 Mac 2025, yang ada melaporkan larangan pendakian ke pergunungan tersebut tidak menghalangi beberapa pendaki lain untuk menakluki laluan yang menghubungkan pergunungan Ao dan Taibai sejauh 170 kilometer (km).

Sun adalah salah seorang daripada mereka. Dia menghabiskan kira-kira dua minggu merancang laluan sejauh 80 km.

Sun berkata, pengembaraan tersebut membuatkan dia ingin mendaki laluan Ao-Tai, yang digelarnya sebagai "projek graduasi untuk pendaki gunung China".

Walaupun mempunyai mengalaman mendaki kira-kira tiga gunung bersalji di negara China dalam setahun ternyata dia rupanya belum cukup kental menghadapi perubahan cuaca yang pantas di laluan terlarang itu.

"Satu puncak mungkin cerah, tetapi puncak seterusnya akan bersalji, ribut, kabus tebal dan jarak penglihatan yang rendah. Saya tidak sangka power bank saya berhenti bekerja dalam keadaan beku dan tepaksa meneruskan perjalanan berdasarkan naluri sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, pada waktu malam terpaksa pula melompat-lompat setempat untuk memanaskan badan dan mengelak daripada diterbangkan angin dari tepi denai.

Malang semakin tidak berbau, pada hari kelima pendakiannya itu juga, sesuatu yang lebih buruk berlaku kepadanya apabila terjatuh dan menyebabkan pergelangan tangannya patah.

Namun nasib pula telah menyebelahinya, apabila keluargnya yang terputus hubungan selepas dua hari itu telah meminta bantuan pihak berkuasa untuk menjejakinya.


Keluarga Sun menghubungi pasukan penyelamat tempatan dan operasi tersebut menelan belanja sebanyak RM52,000 (US$11,000) - Sumber foto: QQ.com


Pada hari ke-10, Sun terhidu bau asap dan menjerit kuat hati hingga membolehkan pasukan penyelamat pergi mendapatkannya... Lega apabila diberi makan mi segera dan air sebelum dibawa turun dari gunung.

Seorang penyelamat berkata, Sun Liang adalah pendaki pertama diselamatkan dalam tempoh kira-kira lima tahun, ini berkat ketabahan mental pemuda itu.

Ujian itu membuatkan Sun Liang berasa takut dan mula belajar untuk merendah diri dengan menyatakan, "Saya tidak dapat menakluki gunung itu, tetapi gunung itu membebaskan saya.

"Ao-Tai sama sekali tidak sesuai untuk trekking. Cuacanya sangat buruk dan pemandangannya tidak seindah yang dibayangkan," katanya.

Fikir dulu sebelum hendak melakukan sesuatu, jangan mencabar alam!!! Pengalaman teragis ini bukan hanya cerita tentang keberanian, tetapi juga mengenai pentingnya  kesedaran berdepan risiko. Walaupun ada tarikan untuk menjelajahi keindahan alam itu, pendaki harus ingat untuk mematuhi peraturan keselamatan dan tidak mengabaikan tanda-tanda bahaya. 

Keputusan Sun untuk meneruskan pendakian meskipun di tengah larangan menunjukkan bahwa keberanian harus selalu diimbangi dengan kebijaksanaan. Apa pun nasib baik juga ubat gigi sekarang sudah dijual dalam pelbagai perisa. Hmmm… sedap! - KitaReporters

9
10
0
14
0

Copy Link: