Video| MB Terengganu tampil mohon maaf! Tiada bersama rakyat ketika banjir besar melanda negeri itu!

Published by
KitaReporters

 Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri Taklimat Pengurusan Banjir Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman. - Kredit Foto: Media MB


TANDA tanya penduduk Negeri Terengganu khususnya mangsa banjir yang mempersoal ketiadaan pemimpin nombor satu negeri itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika rakyat berhadapan dengan musibah banjir besar kini terjawab apabila beliau muncul menghadiri taklimat Pengurusan Banjir Daerah Kemaman.

Kemunculan Ahmad Samsuri pada majlis rasmi pertama pada Jumaat 23 Disember 2022 selepas empat hari ketiadaan beliau dalam khalayak rakyat di negeri itu, kerana berada di luar negara menjawab persoalan bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah dibangkitkan oleh netizen menerusi media sosial.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir


Malah, beliau sendiri tampil untuk memohon maaf kepada mangsa banjir kerana tidak dapat bersama mereka selama empat hari pada 18 hingga 21 Disember 2022.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berkata, beliau membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke luar negara atas urusan keluarga setelah berlaku penurunan mangsa banjir pada gelombang pertama berlaku banjir.

"Saya sentiasa meneliti suasana yang berlaku mengenai banjir di negeri ini dari semasa ke semasa, malangnya semasa gelombang kedua melanda pada 18 hingga 21 Disember 2022 saya berada di luar negara,” katanya. 

Permohonan maaf itu dibuat menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya pada Jumaat.

"Saya faham, apa jua alasan yang saya berikan ia sudah tentu tidak boleh membetulkan keadaan ketiadaan saya di sisi rakyat pada waktu sebegini," kata Ahmad Samsuri dalam video tersebut.


Dr Ahmad Samsuri  bersalaman dengan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman


Sebenarnya,kata Menteri Besar itu, kerajaan negeri dari awal lagi sejak beberapa bulan lalu telah melakukan segala persediaan, ketika bencana melanda kami mengadakan perbincangan meneliti keadaan sungai, air dan isu-isu perpindahan pada setiap hari termasuklah pada 18 hingga 21 Disember.

"Sewaktu ketiadaan saya, saya masih lagi berkomunikasi dengan semua agensi yang terlibat di mana saya tetap boleh membuat keputusan kerana setiap hari berlaku perbincangan dengan ahli-ahli jawatankuasa bencana negeri," ujarnya.


Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan seorang warga emas wanita di PPS Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman


"Namun, oleh kerana saya tidak dapat bersama dengan mangsa banjir pada 18 hingga 21 Disember 2022, maka saya memohon sejuta kemaafan atas apa yang telah berlaku," ujarnya lagi. 

"Saya faham, apa jua alasan yang saya berikan ia sudah tentu tidak boleh membetulkan keadaan ketiadaan saya di sisi rakyat pada waktu sebegini," kata Ahmad Samsuri dalam video tersebut.

Terdahulu Ahmad Samsuri memaklumkan, beliau juga telah turun ke lapangan bertemu dengan mangsa banjir pada fasa pertama bermula 10 Disember 2022 lalu.


Dr Ahmad Samsuri  meninjau mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Binjai,Kemaman


Ahmad Samsuri berkata, dia tidak berkecil hati dan tergugat dengan serangan bertali arus tentera siber parti musuh yang melabel dirinya haprak, tidak berguna serta lemah dalam pentadbiran.

Katanya, beliau langsung tidak kisah dengan apa jua yang didakwa kelompok berkenaan kerana rakyat menilai sebaliknya.

"Dari satu segi saya teruja juga dengan dakwaan seumpama ini yang datang daripada 'cybertrooper' sebab kita boleh buat analisis dan mengetahui punca sebenar timbulnya perkara seperti ini,” katanya. 


Dr Ahmad Samsuri meninjau keadaan cerun yang runtuh di LPT2


Sementara itu, selepas memulakan gerak kerja pertama sekembali dari luar negara, Ahmad Samsuri menghadiri Taklimat Pengurusan Banjir Daerah Kemaman, melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman dan meninjau keadaan tempat kegagalan cerun di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Ahmad Samsuri turut mengumumkan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di Negeri Terengganu

Manakala bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi. 

Bantuan-bantuan lain seperti baiki kerosakan rumah, membina rumah rosak dan kerosakan-kerosakan insfrastruktur lain akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian. - KitaReporters


Wakil Kontraktor projek memberi penerangan kepada Dr Ahmad mengenai keadaan cerun yang runtuh di LPT2


 

17
11
0
11
1

Copy Link: